awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka esok

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2021
10:11 MYT
Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka esok
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra mulai esok.
KUALA LUMPUR: Mana-mana pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 55 tahun ke bawah dan berhasrat membuat permohonan pengeluaran i-Citra boleh melakukannya mulai esok.
Permohonan itu dibuka tiga hari lebih awal daripada tarikh ditetapkan dan pemohon perlu melayari laman sesawang icitra.kwsp.gov.my, kata Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP.
Menurut jabatan berkenaan, bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP).
Dalam masa sama, pemohon juga perlu mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.
"i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2," kata KWSP dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
KWSP turut memaklumkan, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai bulan depan.
Sementara jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.
Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, boleh layari laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.
i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.
Pengenalan i-Citra merupakan inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.
Topic Berkaitan
#i-citra
#KWSP
#EPF
#pengeluaran i-Citra
#PEMULIH
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan