awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan minat belian baharu
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan PETRONAS rujuk persoalan kawal selia operasi petroleum di Sarawak ditetapkan 16 Mac ini

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2026
10:40 MYT
Permohonan PETRONAS rujuk persoalan kawal selia operasi petroleum di Sarawak ditetapkan 16 Mac ini
Melalui notis usul yang difailkan secara e-filing pada 10 Januari lalu, PETRONAS menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sebagai pihak responden dalam permohonan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Permohonan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Persekutuan bagi merujuk persoalan undang-undang berhubung penjelasan mengenai kerangka kawal selia yang terpakai terhadap operasi petroleum syarikat itu di Sarawak, akan didengar pada 16 Mac ini.
Melalui notis usul yang difailkan secara e-filing pada 10 Januari lalu, PETRONAS menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak sebagai pihak responden dalam permohonan berkenaan.
Tarikh pendengaran itu ditetapkan pada prosiding pengurusan kes pertama berhubung perkara itu di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Azaraorni Abd Rahman, melalui sidang video pada Jumaat.
Permohonan kebenaran berkenaan difailkan di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan, akan didengar seorang hakim tunggal.
Mana-mana permohonan untuk merujuk persoalan perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah tertinggi negara itu sebelum merit permohonan itu dapat didengar pada tarikh lain.
Syarikat minyak negara sebelum ini berkata, permohonan itu bertujuan memastikan syarikat berkenaan dapat terus beroperasi selaras dengan kerangka kawal selia yang berkenaan serta amalan tadbir urus yang baik.
PETRONAS menegaskan, usul berkenaan tidak bertujuan mencabar aspirasi pembangunan Sarawak atau menghalang peranan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) dalam sektor tenaga di negeri itu.
Menurut PETRONAS, keputusan memfailkan notis usul berkenaan dibuat susulan perbincangan dan rundingan yang telah berjalan sejak tahun 2024 bersama PETROS, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
PETRONAS berkata, walaupun rundingan berkenaan menunjukkan kemajuan dalam aspek komersial dan perkongsian, termasuk pemeteraian Perjanjian Penyelesaian Komersial (CSA) pada 2020, namun masih wujud perbezaan pandangan berkaitan kerangka kawal selia yang terpakai kepada syarikat itu.
Sehubungan itu, PETRONAS berharap semua pihak menghormati proses perundangan serta peranan sistem kehakiman negara dalam meneliti perkara berkenaan.
PETRONAS juga menyeru semua pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan proses perundangan dan memberi ruang kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penilaian sewajarnya terhadap usul yang dikemukakan.
Dalam pada itu, PETRONAS menegaskan komitmennya untuk terus melaksanakan operasi secara telus dan bertanggungjawab di Sarawak, dengan semua operasi diteruskan seperti biasa.
PETRONAS turut menyatakan komitmen untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan masyarakat dan industri di Sarawak serta bekerjasama ke arah memajukan aspirasi pembangunan negeri berkenaan, di samping memelihara kemakmuran Malaysia.
Selain itu, PETRONAS kekal komited untuk memastikan komunikasi yang telus berhubung operasinya, termasuk kegiatan usaha sama syarikat.
Oktober lalu, pertikaian undang-undang antara PETRONAS dan PETROS berhubung hak pengagihan gas di Sarawak terus berlarutan di mahkamah, sekali gus meletakkan persoalan berkaitan hak negeri dan perundangan persekutuan dalam tumpuan.
Topic Berkaitan
#kerajaan Persekutuan
#Petronas
#Mahkamah Persekutuan
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan