awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan subsidi ayam, telur bagi 2023 belum dibuka - JPV

Bernama
Bernama
20/02/2023
12:40 MYT
Permohonan subsidi ayam, telur bagi 2023  belum dibuka - JPV
JPV juga memaklumkan permohonan subsidi bagi penternak ayam dan pengeluar telur ayam bagi tahun 2022 telah ditutup pada 15 Jan lepas. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Permohonan subsidi bagi penternak ayam dan pengeluar telur ayam bagi tahun 2023 masih belum dibuka setakat ini, demikian dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini.
Dalam maklum balas terhadap laporan akhbar tempatan mengenai isu subsidi penternak ayam dan telur, JPV memaklumkan perkara mengenai subsidi berkenaan baru dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat lalu.
"Permohonan kepada Kabinet bagi subsidi ini adalah bagi tempoh Januari-Jun 2023," menurut kenyataan JPV hari ini.
JPV berkata sehingga kini, JPV dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan masih menunggu minit kelulusan daripada pihak Kabinet bagi pelaksanaannya.
JPV juga memaklumkan permohonan subsidi bagi penternak ayam dan pengeluar telur ayam bagi tahun 2022 telah ditutup pada 15 Jan lepas.
Dalam laporan yang disiarkan akhbar berkenaan, penternak ayam penelur percaya kerajaan tidak akan meneruskan pemberian subsidi dalam usaha menstabilkan pengeluaran bekalan tersebut.
Memetik sumber, yang mewakili sebuah ladang pengeluar telur di Lembah Klang, perkara itu dikatakan semakin jelas apabila borang permohonan tuntutan subsidi dalam bentuk Google Form dalam laman web JPV sudah tiada.
Dalam laporan tersebut, Sabtu lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan akan mengkaji semula keperluan untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur pada Jun ini.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntukkan kepada penternak ayam serta pengeluar telur terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.
Katanya, jika kerajaan berjaya menstabilkan harga ayam dan telur maka tiada keperluan untuk memberi subsidi kepada penternak tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#subsidi ayam
#subsidi telur
#penternak ayam
#pengeluar telur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan