awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
02/05/2024
21:30 MYT
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pihaknya memperuntukkan RM2 bilion kepada 2,000 pelajar berkelayakan dalam usaha memperkasakan pendidikan Bumiputera. - Foto BERNAMA
GERIK: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya memperuntukkan RM2 bilion kepada 2,000 pelajar berkelayakan dalam usaha memperkasakan pendidikan Bumiputera.
"Komitmen kami di MARA untuk terus menghantar pelajar-pelajar mengikuti pengajian sama ada di peringkat Sarjana atau PhD kerana kita melihat ini satu pelaburan masa depan yang baik untuk negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari MARA Bersama Rakyat 2024 dan Rumah Terbuka Aidilfitri Daerah Kecil Pengkalan Hulu di Dataran Arena di sini pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata MARA tidak meletakkan sebarang kuota terhadap kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau sekolah berasrama penuh di negara ini.
Katanya pendekatan itu dianggap adil selain memberi peluang kepada semua pelajar berkelayakan tanpa mengira latar belakang.
"Saya mengambil pendekatan tidak ada kuota tetapi memberi keutamaan kepada mereka (pelajar Orang Asli). Kalau kita letak kuota macam kita mengehadkan peluang mereka. Secara dasarnya, kita nak pastikan lebih ramai boleh masuk MRSM termasuk Orang Asli," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MARA
#Orang Asli
#MRSM
#memberi peluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan