awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perobohan lebih 500 rumah haram atas tanah MUIS ditangguh

Bernama
Bernama
26/11/2023
03:10 MYT
Perobohan lebih 500 rumah haram atas tanah MUIS ditangguh
Seorang kanak-kanak penghuni setinggan melalui kawasan struktur rumah yang dirobohkan susulan pelaksanaan Ops Pengusiran dan Roboh Penempatan Tidak Sah. - Foto BERNAMA
LABUAN: Kerja-kerja perobohan lebih 500 struktur haram di atas tanah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Kampung Gersik di sini ditangguhkan kepada 28 Feb, 2024.
Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata keputusan itu susulan maklum balas kepada nasib penduduk terjejas dengan memberi mereka masa tambahan untuk mencari rumah alternatif.
Suhaili berkata beliau telah menghubungi pegawai MUIS mengenai perkara itu, menekankan perlunya empati dan kefahaman terhadap individu terlibat.
"Saya telah menyampaikan desakan menangguhkan perobohan itu kepada pegawai MUIS dan mereka bersetuju untuk melanjutkan (masa mencari rumah) hingga akhir Februari tahun depan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pada Sabtu, hampir seribu penduduk terjejas berkumpul di balai raya Kg Gersik untuk bertemu dengannya dan berkongsi kesukaran mereka mendapatkan rumah sewa mampu milik di tempat lain.
"Mereka ini akan kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata jika perobohan diteruskan, kerana mereka tidak mempunyai tempat perlindungan untuk keluarga mereka.
"Semasa menguatkuasakan undang-undang, penting untuk turut mempertimbangkan aspek kemanusiaan," katanya.
Suhaili berkata hampir 100 peratus daripada lebih 3,000 orang yang menetap di tanah itu adalah rakyat Malaysia, kebanyakannya mempunyai anak yang masih bersekolah.
"Keluarga-keluarga ini telah menduduki tanah itu sejak 30 tahun lepas, keputusan untuk menangguhkan perobohan itu mencerminkan keseimbangan antara menguatkuasakan peraturan dan mempertimbangkan keperluan manusiawi mereka yang terjejas, memberikan mereka tempoh masa lebih panjang untuk mencari penyelesaian perumahan alternatif," katanya.
Beliau berkata penangguhan itu hanya untuk rumah-rumah yang masih diduduki, rumah yang sudah dikosongkan dijadualkan untuk perobohan minggu depan.
MUIS memulakan proses perobohan pada 23 Nov lepas bermula dengan 45 struktur haram dan akan disambung semula Isnin ini.
Majlis itu telah mengeluarkan notis enam bulan kepada penduduk pada 22 Mei lepas dengan tarikh luput 22 Nov.
Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS Putera Aliif Al'Ain Jasni berkata lebih 500 buah rumah dibina di dua plot tanah MUIS iaitu masing-masing berkeluasan 4.946 hektar dan 9.025 hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#struktur haram
#roboh
#MUIS
#rumah alternatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan