KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) secara rasminya menamakan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang telah lama dinantikan sebagai Ativa.
SUV baharu itu dilancarkan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin yang disiarkan secara langsung di platform media sosial malam ini dengan pautan kepada laman mikro untuk pengalaman yang interaktif dan memberi penonton akses kepada lebih banyak maklumat.
Harga Ativa bermula daripada RM61,500 bagi varian X atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia, RM66,100 bagi varian H dan RM72,000 bagi varian AV utama.
Pengeluar kereta kompak itu turut menyasarkan untuk menghantar secara purata sebanyak 3,000 unit sebulan bagi SUV baharu dengan lima tempat duduk itu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad sebelum ini berkata Ativa merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build, merintis kejayaan Perodua bagi gaya, keselamatan, teknologi, tahap dan nilai peralatan.
Zainal berkata Ativa merupakan kenderaan cas turbo pertama Perodua dan model Perodua yang pertama menggunakan transmisi boleh laras berterusan (CVT), menyumbang kepada kecekapan bahan api 18.9 kilometer (km) per liter (L).
"Model kenderaan cekap tenaga (EEV) Perodua yang kelima ini mempunyai enjin turbo 1.0L tetapi prestasinya sama dengan 1.5L dengan kecekapan bahan api yang tinggi.
"Enjin yang kecil tidak semestinya tidak baik atau tidak bertenaga," katanya pada sesi soal jawab selepas pratonton media eksklusif dan memandu uji model tersebut, anjuran syarikat itu di ibu pejabat Perodua di Rawang pada 23 Feb.
Zainal berkata sasaran penjualan bulanan konservatif sebanyak 3,000 unit itu merupakan angka yang ideal memandangkan syarikat itu tidak menjangka persaingan utama daripada model lain seperti Aruz dan Myvi kerana ia memenuhi semua segmen pasaran yang berbeza.
Dibina menggunakan suspensi dan 'underbody' yang baru dibangunkan dikenali sebagai platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Perodua berkata Ativa mempunyai badan yang lebih ringan dan lebih kuat, keselamatan perlanggaran yang dipertingkatkan, prestasi bunyi dan getaran yang ditambah baik dan penyesuaian yang tinggi untuk teknologi masa depan.
Teknologi keselamatan terkininya antara penekanan terbesarnya, dengan sistem brek kecemasan autonomi dan kawalan pengekalan lorong (LKC) menjadi penawaran yang standard untuk seluruh rangkaiannya.
Zainal berkata penglibatan Perodua dalam pembangunan Ativa bermula daripada papan lukisan dengan seramai 54 pereka dan juruteranya bekerjasama dengan Daihatsu bagi model itu sejak 2018.
"Setakat ini, kami telah menerima kira-kira 5,000 tempahan bagi Perodua Ativa sejak ia dibuka untuk tempahan pada 19 Feb. Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan mereka.
"Penghantaran akan bermula esok (4 Mac), dan kami menyasarkan untuk menghantar sebanyak 3,000 unit sebulan secara purata," kata Zainal dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

Harga Ativa bermula daripada RM61,500 bagi varian X atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia. - Perodua

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.

Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.

MBI akan perluas e-dompet di pasar, medan selera selepas Aidilfitri
Ia bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai menerusi platform pengendali e-dompet yang terpilih.

COVID-19 | Aktiviti waktu malam di London kembali normal
Aktiviti bersosial di kota London kembali dirasai apabila orang ramai mula berpusu-pusu ke restoran dan kafe di ruangan luar kedai pada Selasa. Mereka yang memeriahkan suasana, memenuhi jalanan di pusat tumpuan di kota London seperti Soho dan Chinatown, dengan pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Perodua lancar Aruz di Singapura
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah melancarkan Aruz secara rasminya di Singapura, pasaran luar negara pertamanya.

Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan
Seorang pembantu tadbir maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE
Menurut bomba, dua mangsa jatuh dari ketinggian 120 kaki dan disahkan meninggal dunia.

Suami isteri maut, dua cucu cedera kereta bertembung lori
Pasangan itu dikenali sebagai Muhamad Zaidi Mohamad Dahalan, 57, dan Rosmiza Mohd Zain, 51, dari Tanah Merah, Kelantan.

Lelaki OKU maut dilanggar ketika melintas jalan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam maut selepas dirempuh kereta di bawah jejantas berhampiran Perodua Hijau Kuning, Alor Setar, hari ini.

Bapa dan anak maut dalam kemalangan babitkan 3 kenderaan
Mangsa, Zaifisal Zakaria, 42, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Zafril Zaifisal, 9, meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan.

13 motosikal, 1 kereta di ruang parkir terbakar
Kebakaran pada awal pagi itu berlaku di flat Pinang Emas, Batu Ferringhi, George Town.

Perodua namakan SUV sebagai Ativa, harga bermula RM61,500
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) secara rasminya menamakan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak yang telah lama dinantikan sebagai Ativa.

Dua suspek rempuh kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas direman
Perintah reman selama empat hari itu dikeluarkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah selepas kedua-dua suspek dibawa oleh polis ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

UMW Holdings Berhad catat keuntungan bersih RM137.4 juta suku keempat 2020
UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM137.4 juta untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.