awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perolehan empat helikopter perkuatkan operasi udara APMM - KSU KDN

Bernama
Bernama
18/01/2024
22:00 MYT
Perolehan empat helikopter perkuatkan operasi udara APMM - KSU KDN
Datuk Ruji Ubi (tengah) dan Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid Mohd Amin bergambar bersama kru Kapal Peronda Luar Pesisir pertama APMM. - Foto BERNAMA
KUCHING: Operasi pasukan Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan wilayah Borneo dapat diperkukuhkan lagi menerusi perolehan aset baharu iaitu empat buah helikopter.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam negeri Datuk Ruji Ubi berkata perolehan aset itu dijangka siap dalam tempoh dua ke tiga tahun dengan kesemuanya ditempatkan di Pusat Operasi Udara Maritim Sandakan, Sabah.
"Sekarang kita ada Pusat Udara Maritim di Subang, dan helikopter agensi ditempatkan di situ. Sedang dalam perancangan ialah perolehan helikopter untuk kegunaan rondaan khususnya di pantai timur Sabah dan Sarawak.
"Yang penting aset kita ini perlu ditambah bagi memastikan kawalan sempadan lebih sistematik dan lebih rapat untuk mengelakkan ketirisan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi dan menaiki kapal Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV1) di sini pada Khamis.
Menurutnya, aset berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM600 juta dan telah mendapat kelulusan bagi proses perolehan keempat-empat helikopter itu.
"Dari segi hangar (untuk helikopter) dan sebagainya saya sendiri akan mengetuai perbincangan Kementerian Dalam Negeri bersama pihak Kerajaan Negeri Sabah dan juga Malaysia Airports Holdings Berhad," katanya.
Dalam pada itu, Ruji berkata pihaknya juga telah memuktamadkan bagi perolehan satu kapal induk yang bertindak sebagai stesen pengisian minyak serta simpanan bekalan makanan.
Hadir sama, Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Timbalan Ketua Setiausaha KDN (Pengurusan) Dr Abdul Gapar Abu Bakar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perolehan helikopter
#APMM
#operasi udara
#Maritim Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan