awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
Gencatan senjata Gaza: Realiti lapangan tidak seiring pelan, curiga keadaan tambah baik – Presiden MAPIM
Ranking Zii Jia terus merudum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perolehan fokus utama SPRM ketika ini - Azam Baki

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
01/10/2020
11:40 MYT
Perolehan fokus utama SPRM ketika ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki pada sidang media selepas majlis perasmian Kompleks SPRM Terengganu di Bukit Besar hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan isu ketirisan perolehan kerajaan membabitkan penjawat awam tidak kritikal dan tenat sebagaimana dilaporkan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki sebaliknya berkata, penulisan berita itu mungkin tersalah tafsir kenyataannya berhubung fokus kes SPRM ke arah mengurangkan ketirisan perolehan.
Menurut Azam, perolehan adalah isu paling utama yang diberi perhatian oleh SPRM.
“Saya ingin membetulkan, saya sebelum ini pernah ditemubual yang saya mengatakan 50 peratus daripada fokus kes kita sekarang adalah melibatkan isu ketirisan atau pun isu perolehan kerajaan, itu maksud saya.
“Jadi, apabila ada pihak mengatakan kritikal atau tenat sangat itu mungkin salah tanggapan daripada apa saya katakan. Seperti saya sebutkan sebelum ini fokus kami untuk keadaan sekarang dalam keadaan ekonomi sekarang adalah untuk mengurangkan ketirisan jadi perolehan adalah isu yang paling utama yang difokuskan oleh SPRM buat masa sekarang,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM ke-53 dan Perasmian Kompleks SPRM Terengganu yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali di sini hari ini.
Kompleks bercirikan seni bina Terengganu yang dibina di kawasan seluas 3.41 hektar dengan kos RM38 juta itu mempunyai tiga blok bangunan yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
Antaranya bilik rakaman percakapan saksi, bilik temu bual bervideo (VIR), lokap, bilik gerakan operasi siasatan (BGOS), dewan seminar, gudang sita, bilik kawad cam dan surau.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#ekonomi
#Malaysia
#Rasuah
#siasatan
#penjawat awam
#operasi
#ketirisan
#perolehan
#Ketua Pesuruhjaya SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan