TAWAU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau hari ini mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana kemarau, melibatkan kawasan Pulau Sebatik.
Pengisytiharan dibuat oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Joseph Pang yang juga pengerusi jawatankuasa itu pada 10 pagi hari ini.
Advertisement
Beliau berkata keputusan itu diambil selepas meneliti situasi semasa berdasarkan laporan serta maklumat lapangan daripada agensi berkaitan dalam JPBD yang menunjukkan kawasan berkenaan berhadapan keadaan cuaca kering berpanjangan.
Pulau Sebatik merupakan pulau yang dikongsi antara dua negara, dengan bahagian utara terletak di Malaysia manakala bahagian selatan di Indonesia.
-- BERNAMA