awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perolehan kenderaan: Pegawai khas ketua jabatan kerajaan ditahan SPRM

Bernama
Bernama
19/10/2022
11:36 MYT
Perolehan kenderaan: Pegawai khas ketua jabatan kerajaan ditahan SPRM
Sumber SPRM berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam ketika hadir memberi keterangan.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan pegawai khas kepada seorang ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar 'Datuk' yang sebelum ini ditahan kerana disyaki menerima suapan berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.
Sumber SPRM berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam ketika hadir memberi keterangan.
Lelaki itu kini direman selama tujuh hari sehingga 26 Okt setelah Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan lelaki itu bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Semalam SPRM dilapor menahan ketua jabatan berkenaan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa berhubung perolehan empat kenderaan berjumlah lebih RM290,000 untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai khas ditahan
#SPRM
#perolehan kenderaan
#kes rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan