awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan aset utama Malaysia Madani - Pemangku Raja Perlis

Bernama
Bernama
20/07/2023
07:30 MYT
Perpaduan aset utama Malaysia Madani - Pemangku Raja Perlis
Baginda bertitah tema Maal Hijrah 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI', membawa makna pencapaian kemajuan negara yang holistik dalam aspek kebendaan, pemikiran dan kerohanian. -Gambar fail/Bernama
KANGAR: Perpaduan merupakan aset utama dan yang paling bernilai dalam mencapai Malaysia MADANI, titah Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah tema Maal Hijrah 'Perpaduan Teras Malaysia MADANI', membawa makna pencapaian kemajuan negara yang holistik dalam aspek kebendaan, pemikiran dan kerohanian.
"Setiap warga negeri ini hendaklah sentiasa berusaha mencapai keharmonian, walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.
"Sikap bertoleransi, saling memaafkan dan santun hendaklah dibudayakan," titah baginda pada Majlis Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 2023, di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan barisan exco kerajaan negeri.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah rakyat juga diminta, agar menjunjung dan berpegang teguh kepada perlembagaan serta undang-undang negara dan juga undang-undang tubuh negeri, kerana ia merupakan kunci keadilan dan penyatuan.
"Ini juga merupakan hasrat ulung daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW, iaitu memaknakan negara dengan undang-undang yang adil dan pematuhan terhadapnya.
"Setiap orang hendaklah menyesuaikan diri dengan sekeliling, dalam usaha memberikan sumbangan kepada negeri, negara dan ummah.
"Nikmat hidup itu pada memberi, dan sumbangkanlah sesuatu, walaupun kecil ia tetap memberi kesan kepada pertumbuhan dan kemajuan umat seluruhnya," titah baginda.
Sementara itu tokoh Maal Hijrah Perlis 2023, Tan Sri Ariffin Mohd Yusuf berkata tiada jalan pintas dalam mengejar kejayaan, selain daripada usaha secara bersungguh-sungguh.
Pengasas dan pengarah urusan Primabumi Sdn Bhd itu berkata beliau sentiasa mengutamakan ketelitian dan kesempurnaan, pada setiap apa yang dilakukan.
"Satu ketika dahulu hidup saya amat berbeza, ayah saya meninggal dunia ketika saya berusia 17 tahun.
"Saya bertemu dengan seorang insan bekerja di stor perubatan dan banyak tunjuk ajar dan dorongan telah diberikan, sehingga saya berjaya menceburi perniagaan ubat bermula 1975," katanya ketika berucap berkongsi pengalaman sebagai usahawan berjaya pada majlis tersebut.
Beliau menasihati khususnya usahawan baharu, tentang penting menyelesaikan hutang dengan bijak dan mengawal kewangan syarikat, agar dapat mencapai preatasi kewangan yang sihat bagi mendapat kepercayaan pembekal dan bank.
"Jangan sekali-kali kita membenarkan nafsu mengawal diri dan membiarkan wang disalah guna untuk tujuan yang tidak betul," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Ariffin menerima hadiah berupa plat, sijil, hadiah iringan dan wang tunai RM10,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Malaysia Madani
#Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra
#Pemangku Raja Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan