BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya persahabatan peribadi antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah akan membantu mempercepatkan pelaksanaan pelbagai perancangan melibatkan kedua-dua negara.
"Bila kepimpinan negara dengan persahabatan yang erat...(jika ada perancangan) saya akan tanya progres, akan pantas (pelaksanaannya).
"Tuanku banyak tengok dan mengikuti perkembangan (di Malaysia). Hubungan persahabatan itu penting, hubungan kita baik...aspek peribadi. Sepanjang saya dalam kesusahan, Tuanku sering lahirkan keprihatinan," katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan beliau ke Brunei di sini hari ini.
Katanya perkara itu boleh dilihat dalam lawatan rasmi dua hari beliau sejak semalam.
"Saya rasa ada hubungan istimewa di situ, Tuanku dapat melihat persahabatan peribadi dan kekeluargaan yang bantu memperkukuh dan memperkemas hubungan dua hala," katanya.
Terdahulu Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman di sini hari ini.
Anwar turut mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah.
Perdana Menteri dan Sultan Brunei kemudian menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dengan Agensi Pelaburan Brunei (BIA).
Anwar berkata dengan kejayaan dalam hubungan kedua-dua negara ketika ini, ia menunjukkan hubungan dua hala itu berada pada tahap yang cukup tinggi.
Katanya sewaktu pertemuan empat mata itu, ada dibincangkan bahawa isu seperti pembangunan persempadanan harus dipesatkan selain pelaburan ditingkatkan.
"Ini untuk rakyat...perniagaan, pelaburan itu penting. Baginda tekankan (kerjasama dengan) BIA disegerakan untuk lihat peluang dan kesempatan, kesesuaian pelaburan. Ketiga, baginda tekankan kemungkinan segerakan isu berkaitan cari gali minyak membabitkan Petronas jika perlu, untuk kawasan-kawasan dibuat secara Joint Development Authority (JDA)," katanya.
Perdana Menteri berkata selain itu, dalam soal ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, diharapkan adanya sinergi kepentingan Malaysia terutama di sempadan Sabah dan Sarawak.
" ....melibatkan peruntukan tambahan, lalu lintas pelancongan, pergerakan tiga negara (Malaysia, Indonesia dan Brunei), insentif kerajaan Sarawak untuk teruskan jalan darat. Tuanku teruja, yakin dapat tingkatkan hubungan kerjasama," katanya.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan Sabah dan Sarawak membangkitkan peranan Bandar Seri Begawan sebagai pusat penerbangan antarabangsa dan berharap untuk menambah penerbangan ke Bandar Seri Begawan sebagai hab untuk subrantau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) beramah mesra dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada Majlis Persantapan Rasmi di Istana Nurul Iman hari ini. - Foto BERNAMA

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Serangan Tehran | Segera bawa ke muka pengadilan
Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.

Isu bakar al-Quran: Malaysia ambil pendekatan edar sejuta naskhah al-Quran ke seluruh dunia
Malaysia ambil pendekatan yang dianggap paling memberikan faedah kepada Islam iaitu dengan mengedarkan lebih sejuta naskah al-Quran ke seluruh dunia.

Sekuriti makanan antara tumpuan Bajet 2023 - PM
Semua sektor industri perlu mengambil peranan besar dan diberi perhatian termasuk perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Beri ruang, namun kerajaan perlu segera tunai janji PRU15 - Rais Yatim
Mereka tidak boleh melengahkan dan perlu menyegerakan janji termasuk melaksanakan agenda reformasi agar usaha itu tidak dibiarkan begitu sahaja.

Malaysia Madani penting bagi pertumbuhan, kurangkan jurang ketidaksamaan - IDEAS
IDEAS berkata tema tersebut turut memberi penekanan terhadap usaha pembasmian kemiskinan, pertumbuhan mampan dan sokongan lanjut untuk PKS.

Joe Biden ucap tahniah kepada Anwar, puji demokrasi Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima ucapan tahniah daripada Presiden Amerka Syarikat Joe Biden,

10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet angkat sumpah simpan rahsia
PM saksikan 10 setiausaha politik kepada menteri Kabinet mengangkat sumpah simpan rahsia.

Protes tindakan bakar Al-Quran, 1,000 peserta berarak ke kedutaan Sweden
Hampir 1,000 peserta berhimpun secara aman dan berarak ke Kedutaan Sweden dari Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat sebagai tanda protes terhadap tindakan ahli politik Sweden Rasmus Paludan.

PM Anwar solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Khalid Al-Walid, di sini.

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Malaysia tidak tolak ansur perbuatan bakar teks, buku agama - PM Anwar
Rakyat Malaysia menghargai kemanusiaan dan menghormati hak setiap individu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.