SHAH ALAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai depan dijangka menyaksikan persaingan sengit antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) kerana tiadanya calon Bebas.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Ayuni Mohd Isa berkata, pertembungan satu lawan satu calon anak tempatan itu juga sengit kerana Sungai Bakap merupakan ‘kawasan kelabu.’
“Majoriti kemenangan Pas di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini sebanyak 1,563 undi sahaja, jadi kedua-dua parti sama ada PH atau PN mempunyai potensi cerah untuk menang.
“Peratusan pengundi Melayu di Sungai Bakap juga masih besar iaitu kira-kira 60 peratus, manakala bakinya 40 peratus adalah bukan Melayu. Jadi untuk PH menang tidak susah kerana hanya memerlukan 10 atau 11 peratus peningkatan undi. PN pun mungkin tidaklah sukar untuk kekalkan kerusi. Jadi peluang untuk menang adalah 50-50,” katanya kepada Sinar Ahad.
Menurut Nur Ayuni, PRK Sungai Bakap juga menjadi medan untuk menguji pengaruh kerajaan dan pembangkang kerana pola pengundian sejak kebelakangan ini lebih bergantung kepada parti politik dan bukan kepada calon.
“Macam kita tengok dalam PRK sebelum ini, PH letak apa sahaja calon pun mereka boleh menang dan walau Pas letak calon doktor pakar, ia masih gagal raih kemenangan.
“Maknanya sebagai kerajaan yang memerintah hari ini, PH-Barisan Nasional (BN) ada kelebihan untuk rampas kerusi Sungai Bakap ini. Kelebihannya juga dari segi bantuan yang disalurkan kepada rakyat serta manifesto yang ditawarkan apatah lagi sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turun padang berkempen,” ujarnya.
Beliau berkata, PN pula dilihat mempunyai banyak ‘senjata’ untuk meraih sokongan pengundi terutama yang melibatkan isu-isu nasional yang disuarakan rakyat ketika ini seperti penyasaran subsidi diesel, peningkatan kos sara hidup dan isu ekonomi.
Katanya, sokongan rakyat terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di utara tanah air juga akan sedikit sebanyak memberi keistimewaan kepada PN untuk memperoleh undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 23 2024
PRK DUN Sungai Bakap bakal menyaksikan satu lagi pertembungan antara PH-BN dan PN. (Gambar kecil Nur Ayuni)
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.