KUALA LUMPUR: Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig demi menjaga kebajikan penggiat ekonomi gig, terutama penggiat p-hailing.
Dalam kenyataan hari ini, persatuan itu turut mengesa kerajaan mengambil langkah jangka pendek mengenai isu terkini yang sedang dihadapi penunggang p-hailing, terutama berkaitan pengurangan kadar bayaran upah.
"Kami menyeru kerajaan mengambil tindakan dan campur tangan dalam isu berkaitan p-hailing, hanya pihak kerajaan boleh merangka dan mengeluarkan polisi atau garis panduan meliputi keseluruhan ekosistem ekonomi gig p-hailing," menurut persatuan itu.
Kenyataan itu turut menggesa syarikat perkhidmatan p-hailing GrabFood Malaysia mengembalikan kadar bayaran upah asal kepada penunggang secara serta-merta, menggantikan kadar upah baharu yang dilihat berkurangan secara drastik.
Menurut persatuan itu keputusan penurunan kadar bayaran upah berkenaan dibuat Grabfood secara tergesa-gesa tanpa berbincang bersama penunggang, dan ia disifatkan sebagai tidak menghormati perbincangan berkaitan hal ini bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Isu ini pernah disuarakan terus kepada Perdana Menteri pada sesi Temu Anwar di Petaling Jaya, malah perbincangan dengan semua syarikat penyelia p-hailing di Malaysia bersama Perdana Menteri, Menteri Pengangkutan, Menteri Sumber Manusia dan Menteri Komunikasi juga telah diadakan di Pejabat Perdana Menteri.
"Ketika itu semua syarikat penyelia termasuk Grabfood bersetuju mengkaji semula kadar upah diterima penunggang mereka, namun amat mengecewakan isu ini masih berlaku malah kadar upah yang diberikan kini sangat rendah selain kaedah pengiraan kadar bayaran juga tidak jelas," menurut persatuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig. - foto FB Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Persatuan gesa penubuhan badan kawal selia ekonomi gig disegerakan
Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan Badan Kawal Selia Ekonomi Gig.