KUALA LUMPUR: Persatuan berkaitan industri kreatif perlu ditadbir secara profesional bagi mengangkat industri berkenaan, serta menjaga tahap profesionalismenya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Sebagai contoh, beliau berkata sistem royalti boleh diwujudkan dengan mengambil pengalaman negara luar yang menjaga komuniti penggiat industri kreatif seperti para pelakon.
"Kalau kita tengok arkitek ada Pertubuhan Arkitek Malaysia, perancang bandar ada 'Malaysian Institute of Planners' dan ia menjadi profesional kerana mereka mempunyai persatuan yang menjaga profesionalismenya.
"Jadi dalam dunia seni, walaupun orang kata orang seni perlu pada kebebasan, kalau nak dijadikan itu sebagai satu profesion, saya cadangkan kena ada dia punya 'Board of Governors' yang mengawal etika, profesion, dan kalau itu ada, barangkali kaedah membayar royalti kepada mereka yang diiktiraf pelakon berlesen, pelakon profesional adalah lebih mudah untuk kita kawal," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Bersama Media sempena Program Khas Syawal 2022 RTM di The Vertical, Bangsar South City Kuala Lumpur, di sini.
Sementara itu Annuar berkata sesi "pitching" bagi penggiat industri kreatif mengemukakan karya mereka untuk Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) akan diadakan dalam masa terdekat.
"Insya-Allah pada 20 hari bulan ini kita mula mengeluarkan iklan untuk memaklumkan kepada penggiat, penerbit dan sebagainya untuk mereka memohon atau mengemukakan cadangan karya-karya terbaharu.
Pada masa sama saya mendapat pengesyoran bahawa baki daripada mereka yang tidak berjaya dalam "pitching" sebelum ini, disambung dan diambil, yang itu...kita telah pertimbangkan perkara itu," katanya.
Bagaimanapun Annuar berkata ia perlu juga dibuka kepada idea baharu memandangkan setiap hasil kreatif mempunyai tempoh tertentu, dan mereka yang tidak berjaya dalam sesi "pitching" sebelum ini boleh memodifikasi kandungan mengikut kesesuaian.
Majlis yang dianjurkan pada malam ini juga bertujuan memperkenalkan Program Khas Syawal 2022 RTM yang bertemakan "Syukurnya Syawal".
Seiring tema tersebut, RTM menerusi tiga saluran utama iaitu TV1, TV2 dan TV Okey menyediakan program keagamaan, telefilem, drama bersiri, dokumentari, majalah dan hiburan khas sempena Aidilfitri.
Selain program televisyen, kesemua 34 stesen radio RTM turut menawarkan pelbagai rancangan menarik untuk pendengar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Annuar bercakap pada sidang media selepas hadir ke Majlis Khas Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Syawal 2022 di Kuala Lumpur, 12 Apr 2022. --fotoBERNAMA
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Mampukah 2024 noktah kemelut kebajikan penggiat seni?
Sudah sekian lama, isu kebajikan penggiat seni hiburan negara sehingga ke hari ini masih belum menampakkan jalan penyelesaian.
Kementerian Komunikasi cari penyelesaian untuk bantu industri kreatif
Kementerian Komunikasi sedang mencari penyelesaian bagi membantu memperkemas operasi dalam industri kreatif.
Finas akan latih akauntan untuk ceburi industri kreatif
Finas akan menyediakan latihan kepada akauntan untuk terlibat dalam industri kreatif.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
FINAS tekad bantu penggiat industri kreatif
FINAS tekad mengambil inisiatif memberi bantuan kepada penggiat industri kreatif menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri.
Mahu kerjaya jurusolek diiktiraf, MUA harap pengajian seni solekan ditawar di IPT
Ada yang berpendapat, kerjaya sebagai jurusolek low class, sedangkan profesion itu boleh tawar pendapatan lumayan.
Finas tumpu pembangunan skrip, produksi bersama tingkatkan industri kreatif Malaysia
RM90 juta yang diperuntuk bagi industri kreatif dalam Belanjawan 2024 adalah memadai untuk menambah baik industri perfileman Malaysia.
Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan - Fahmi
Usaha mereformasikan industri kreatif akan diteruskan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Belanjawan 2024 rancakkan pertumbuhan industri kreatif - Altimet
Pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dapat dilaksanakan dengan peruntukan RM160 juta menerusi Belanjawan 2024.
Belia berbakat industri kreatif dicadang diiktiraf 'Ikon MADANI Muda'
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf belia berbakat dalam sektor industri kreatif digital sebagai 'Ikon MADANI Muda'.