Persatuan Kristian Malaysia (CFM) badan yang mewakili 90 peratus gereja di seluruh negara, telah menjadi organisasi terbaru bagi menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC).

CFM hadir berikutan permintaan tinggi oleh pelbagai kumpulan, termasuk masyarakat dan parti-parti politik daripada kedua-dua belah pihak, untuk sistem yang lebih baik bagi memantau polis.

Bantahan awam ini adalah kesan peristiwa baru-baru ini kematian dalam tahanan polis, termasuk kematian N Dhamendran, di mana tiga polis didakwa kerana membunuh semalam.

“CFM menggesa perlembagaan bagi menubuhkan IPCMC yang dicadangkan oleh Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2005 dengan serta-merta sebagai langkah lain yang boleh diambil untuk mengurangkan kematian dalam tahanan polis, "kata Pengerusi Rev Dr Eu Hong Seng, yang mewakili jawatankuasa eksekutif CFM.

Eu berkata IPCMC semasa adalah 'setara', Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sendiri telah mengakui tidak mampu untuk menangani isu ini dengan memuaskan.

“Bagi menambah keyakinan kami menyeru semua pegawai polis bersama-sama dengan rakyat menentang mereka yang akan menjejaskan imej dan reputasi pasukan polis. Malaysia berhak mendapat sebuah pasukan polis dengan integriti yang kita boleh percaya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Eu berkata CFM melihat tiga kematian dilaporkan dalam tahanan polis sebagai "penggera besar", di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sejak 11 hari lalu bermula 21 Mei hingga 1 Jun.

“Nama N. Dhamendran, R. Jamesh Ramesh dan P. Karuna Nithi sehingga kini masih di minda sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang yang telah meninggal dunia semasa berada dalam tahanan polis sejak kebelakangan ini.

"Kerajaan berhutang kepada keluarga tersebut dan semua rakyat Malaysia penjelasan yang penuh dan telus. Doa kami bersama keluarga yang kesedihan itu."

Eu berkata Menteri Dalam Negeri sebelum ini telah menyatakan bahawa antara tahun 2000 dan Sept 2012, 209 orang telah meninggal dunia dalam tahanan polis. Bersama-sama dengan empat kematian tambahan pada 2012 dan lapan lagi sejak Januari tahun ini, ia menyumbang kepada 221 kematian.

“Dalam kata lain, kita mempunyai purata seorang tahanan yang mati setiap bulan. Ini statistik yang mengejutkan bagi satu kerajaan yang telus. Ia tidak perlu dilindungi. Sesiapa yang didapati bersalah menyeksa tahanan tersebut harus didakwa di mahkamah.”

Eu berkata kerajaan perlu efektif dan telus dalam piawaian operasi agar kematian tahanan tidak berpanjangan. Pihak yang mempunyai kuasa harus memastikan keselamatan mereka yang ditahan dalam lokap polis.

Majlis Peguam dan NGO hak asasi manusia Suaram baru-baru ini mencadangkan suruhanjaya ditubuhkan meskipun siasatan lanjut telah dijalankan berhubung kematian dalam tahanan.

IPCMC lebih tinggi kerana mempunyai kuasa disiplin dan EAIC hanya boleh mencadangkan tindakan. EAIC turut memantau 19 ahensi penguatkuasaan.

CEO EAIC Nor Afizah Mokhtar baru-baru ini mengaku suruhanjaya itu tidak menyiasat kes kematian tahanan kerana kurang kakitangan.

DAP hari ini meminta agar ditubuhkan IPCMC kerana ia ‘lebih berkuasa’ dalam menangani penyalahgunaan kuasa polis. Pemimpin MIC dan Gerakan berkata menubuhkan suruhanjaya dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap polis.