awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persekutuan Pengakap Malaysia sasar 500,000 anggota menjelang 2025

Bernama
Bernama
04/11/2023
20:40 MYT
Persekutuan Pengakap Malaysia sasar 500,000 anggota menjelang 2025
Johari berkata, pihaknya menyusun atur pelbagai perancangan tahun hadapan bagi memastikan peningkatan keanggotaan PPM yang ketika ini mempunyai lebih 300,000 anggota. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) menyasarkan 500,000 anggota terutama dalam kalangan anak muda menjelang 2025.
Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Johari Abdul berkata, pihaknya menyusun atur pelbagai perancangan tahun hadapan bagi memastikan peningkatan keanggotaan PPM yang ketika ini mempunyai lebih 300,000 anggota.
"Sasaran keahlian PPM bermula di sekolah rendah seterusnya sekolah menengah dan terbaharu dengan usaha kerajaan menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0... pengakap dan badan-badan uniform lain akan diserapkan dalam elemen PLKN, ini akan menarik minat golongan muda menyertai pengakap," kata Johari yang juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Pengakap Untuk Kerjasama Serantau ASEAN (ASARC) ke-18 yang turut dihadiri Pemangku Ketua Pengakap Negara, Datuk Dr Mohd Zin Bidin; Pengarah Serantau Asia Pasifik, Jose Rizal Pangilinan dan Pengerusi ASARC, Dr Somboon Bunyasari.
Sementara itu, Mohd Zin dalam ucapannya berkata, mesyuarat itu bertujuan melatih generasi muda dalam aspek pembangunan sahsiah, intelektual, jasmani, emosi dan spiritual dengan memberi keutamaan kepada memahami budaya dan adat resam negara anggota ASEAN.
Beliau berkata. ASARC juga mengukuhkan hubungan kerjasama sekali gus menyelaraskan program-program latihan dan pembangunan modal insan antara anggota pengakap di rantau ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persekutuan Pengakap Malaysia
#Tan Sri Johari Abdul
#plkn
#ASARC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan