NATIONAL
Perselisihan faham dua pemandu kenderaan di lebuh raya ada unsur jenayah - Polis

Tangkap layar video menunjukkan tindakan MPV Proton Ertiga berhenti di lorong kanan menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM308, Lebuh Raya Utara- Selatan dekat Gopeng pada Selasa. -Foto: ihsan pembaca
GOPENG: Perselisihan faham antara dua pemandu menjadi punca kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 308, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
- Perselisihan faham antara dua pemandu menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM308, Lebuh Raya Utara-Selatan.
- Kemalangan berlaku apabila MPV Proton Ertiga membrek secara mengejut di lorong kanan, menyebabkan pelanggaran dengan kereta dan lori.
- Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Akta Pengangkutan Jalan 1959 dan dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang.
"Apabila MPV berkenaan membrek secara mengejut ketika berada di lorong kanan, kenderaan itu kemudian dilanggar oleh kereta dan lori hingga menyebabkan kerosakan di bahagian belakang dan hadapan pada kenderaan terlibat," katanya, di sini.
Menurut beliau, kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu lori yang berusia 44 tahun dan dua individu lain.
"Siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah berlaku sebelum kemalangan dan kes dirujuk ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Selangor untuk tindakan selanjutnya.
"Kesemua kenderaan terlibat telah dibawa ke IPD Kampar dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Akta Pengangkutan Jalan 1959," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami