awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persembahan Spyro Gyra cuit kenangan lampau

Nazam Yusuff
Nazam Yusuff
12/10/2014
07:37 MYT
Persembahan Spyro Gyra cuit kenangan lampau
Kuala Lumpur merupakan destinasi kedua Spyro Gyra selepas New York dalam jelajah meraikan ulangtahun ke-35 album 'Morning Dance', album yang mengangkat nama mereka sepanjang 40 tahun terbabit dalam industri hiburan. - Sumber foto Dewan Filharmonik Pe
Senyum tidak pernah lekang dari wajah ketika menonton konsert kumpulan Jazz dan Fusion Spyro Gyra yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada 7 Oktober lalu.
Persembahan nostalgia Spyro Gyra tidak mengecewakan dan penonton tidak perlu menunggu lama untuk mengambil tempat kerana diberitahu konsert akan bermula tepat 8.30 malam.
Sebaik saja Tom Schuman menyentuh keyboardnya, penonton di Dewan Filharmonik Petronas bertepuk, teruja dengan lagu pembukaan konsert, Catching The Sun.
Nyata ruang di Dewan Filharmonik Petronas adalah yang terbaik untuk pementasan konsert seumpama ini. Aspek ketelitian diambil kira dengan bunyi alat muzik pemuzik lantang dan memuaskan.
Tunjang kumpulan ini, Jay Beckenstein kemudiannya berucap pendek dan memperkenalkan kepada penonton pemain gitar Julio Fernandez, pemain bass Scott Ambush, pemain dram Lee Pearson dan tidak ketinggalan Tom Schuman, pemain keyboard.
DFP
Spyro Gyra
Persembahan julung kali Spyro Gyra di Dewan Filharmonik Petronas pada 7 Oktober lalu. Gambar dari DFP
Konsert satu setengah jam itu turut diserikan dengan beberapa lagu signature Spyro Gyra seperti Morning Dance, Wishful Thinking, Odds Get Even dan Daddy’s Got A New Girl.
Antara persembahan solo yang mendapat tepukan gemuruh ialah ketika Scott Ambush mempamerkan skil solo bassnya, dan Lee Pearson juga berjaya memukau penonton dengan pukulan dram solonya.
Penonton masih tidak berganjak selepas Beckenstein menutup persembahan, dan Spyro Gyra kembali beraksi dengan lagi terakhir mereka, Free Time.
Spyro Gyra
Lee Pearson
Julio Fernandez mempamerkan skil solo gitarnya - Gambar dari DFP
Kuala Lumpur adalah destinasi kedua Spyro Gyra selepas New York dalam jelajah meraikan ulangtahun ke-35 album Morning Dance, album yang mengangkat nama mereka sepanjang 40 tahun terbabit dalam industri hiburan.
Antara lagu-lagu lain yang dihidangkan untuk peminat malam itu termasuk De La Luz, Heliopolis, Morning Dance, Starburst dan Not Unlike That.
Spyro Gyra melabuhkan tirai persembahan mereka dengan Free Time yang merupakan gubahan Schuman dan Konikoff.
Jelajah yang bermula pada 3 Oktober akan berakhir di lokasi ke 16, Florida, Amerika Syarikat pada 8 Disember ini.
Topic Berkaitan
#DFP
#fusion
#konsert kumpulan jazz
#Spyro Gyra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan