Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan yang menolak notis cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai persempadanan semula kawasan pilihan raya Sarawak.
Keputusan ini sekali gus membolehkan suruhanjaya itu meneruskan langkah berkenaan selepas cadangan tambahan kerusi dewan undangan negeri diluluskan tahun lalu diketepikan Mahkamah Tinggi Kuching.
Keputusan dicapai sebulat suara panel tiga hakim iaitu Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Abdul Rahman Sebli.
Dalam penghujahan mereka, panel hakim memutuskan notis SPR tidak melanggar hak perlembagaan dan selaras dengan jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.
Dengan keputusan ini bermakna DUN Sarawak bakal menyaksikan penambahan 11 kerusi menjadikan jumlah keseluruhan 82 kerusi.
Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuching mengisytiharkan notis SPR mengenai cadangan persempadanan semula itu tidak mempunyai butiran terperinci.
Hakim Mahkamah Tinggi Yew Jen Kie dalam penghakimannya berkata butiran yang tidak terperinci akan menjejaskan responden yang bakal membuat keputusan.
Sementara itu, Bersih 2.0 yang menyatakan kekecewaan dengan keputusan berkenaan menyifatkan ia bertentangan dengan apa yang didakwa mereka sebagai usaha menangani manipulasi berkaitan pilihan raya.
Bercakap kepada media, pengerusinya Maria Chin Abdullah berkata keputusan Mahkamah Rayuan itu membuka jalan kepada persempadanan semula dan pengagihan semula kerusi yang tidak sama rata.
Astro Awani
Fri Aug 07 2015
Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan notis SPR mengenai syor cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi Sarawak. -Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Idrus Harun Pengerusi MyCC baharu
Tan Sri ldrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 25 Nov.
Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.
Bekas Peguam Negara Idrus Harun dilantik Pengerusi Amanah Raya Berhad
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai Pengerusinya mulai hari ini.
Saya ragui Idrus akan hadir mesyuarat JKPK - KJ
"Beliau akan bersara dan menghilang selepas pencen nanti. Kalau beliau datang pun, mungkin akan beri jawapan standard."
JKPK undang Peguam Negara, bekas Peguam Negara beri penjelasan bulan depan
JKPK mengundang Peguam Negara dan bekas Peguam Negara untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit pada sidang Dewan Rakyat.
"Kenapa tak bising masa kekalkan Peguam Negara?", soal Guan Eng
Guan Eng tetap mahu Peguam Negara yang baru dilantik untuk menjelaskan kepada rakyat keputusan yang telah dibuat baru-baru ini.
Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara
Tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahmad Zahid berhubung 47 pertuduhan adalah tidak bermoral.
Kes Zahid: Selepas DAP, Amanah pula minta Idrus Harun beri penjelasan
Amanah percaya penjelasan terperinci akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak.
Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke
DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan itu perlu dilakukan.
Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara tepat - Azalina
Ini adalah kerana kedudukan Ahmad Terrirudin yang merupakan Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara.