awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Kes 1MDB: Laungan 'Bebas Najib’ bergema di pekarangan mahkamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persempadanan semula: SPR perlu ambil pandangan semua pihak - Majlis Peguam

Astro Awani
Astro Awani
18/12/2014
09:24 MYT
Persempadanan semula: SPR perlu ambil pandangan semua pihak - Majlis Peguam
MAJLIS PEGUAM: Persempadanan semula: SPR perlu ambil pandangan semua pihak - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengambil kira usaha kumpulan masyarakat sivil yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kumpulan-kumpulan yang dinyatakan dalam Perlembagaan berkenaan isu persempadanan semula.
Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan Undang Undang Majlis Peguam, Firdaus Husni berkata budaya politik yang baik dalam sesebuah demokrasi menghendaki kerjasama dengan badan bukan kerajaan atau kumpulan masyarakat sivil untuk memastikan kepentingan awam dijaga.
"Jadi benar bahawa hanya kumpulan-kumpulan ini yang dinyatakan secara eksplisit dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Bagaimanapun, SPR harus mengambil kira dan menghargai usaha kumpulan masyarakat sivil seperti Bersih 2.0 dan Tindak Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kumpulan-kumpulan yang dinyatakan dalam perlembagaan tadi berkenaan proses-proses yang terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Firdaus mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menegaskan akan meneruskan persempadanan semula kawasan pilihan raya tanpa input daripada persatuan sivil dan hanya akan bekerjasama dengan kumpulan dikehendaki seperti ditetapkan dalam Perlembagaan.
Kenyataan itu sekali gus memberi makna pintu sudah pun tertutup buat Bersih 2.0 yang menjadi pemerhati pilihan raya utama negara untuk bersama di dalam rundingan persempadanan semula kawasan.
Dalam pada itu kata Firdaus, Perkara 115(2) dan Jadual ke-13 memperuntukkan SPR boleh mendapatkan bantuan pihak berkuasa awam dan pegawai kerajaan persekutuan dalam menjalankan tugas.
"Mereka juga perlu membuat siasatan tempatan apabila menerima representasi bantahan daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau seratus pengundi berdaftar semasa," katanya.
Sebelum ini, Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar meminta Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah 'tidak sibuk-sibuk' mengenai isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yang disifatkan sudah lengkap prosedurnya di dalam Perlembagaan.
Kata Wan Ahmad, SPR juga disifatkan tidak perlu merujuk langsung kepada Bersih 2.0 mengenai isu berkenaan kerana ia tidak termaktub di dalam undang-undang.
Topic Berkaitan
#Ahmad
#Aziz
#Bersih
#Firdaus
#Maria
#persempadanan
#PRU
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan