awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut, beberapa cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville

Astro Awani
Astro Awani
05/11/2025
01:40 MYT
Tiga maut, beberapa cedera dalam nahas pesawat kargo di Louisville
Letupan api besar tercetus berhampiran kawasan lapangan terbang susulan laporan nahas pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville. - Foto AP
LOUISVILLE: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali di Louisville, Kentucky, lewat petang semalam.

Ringkasan AI
  • Pesawat MD-11 milik UPS terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Muhammad Ali, menyebabkan letupan dan kebakaran besar.
  • Tiga individu disahkan maut dan sekurang-kurangnya 11 lagi cedera, termasuk mereka yang berada berhampiran lokasi kejadian.
  • FAA dan NTSB sedang menyiasat punca nahas; rakaman awal menunjukkan sayap pesawat terbakar semasa berlepas.

Pesawat jenis MD-11 milik syarikat penghantaran United Parcel Service (UPS) itu dilaporkan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K Inouye di Honolulu sebelum mengalami masalah dan terhempas kira-kira jam 5.15 petang waktu tempatan.
Letupan kuat dan kebakaran besar berlaku sejurus nahas, menyebabkan beberapa bangunan industri berhampiran turut terjejas.
Pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengawal api dan membantu mangsa.
Pihak berkuasa mengesahkan tiga kematian setakat ini, manakala sekurang-kurangnya 11 individu dilaporkan cedera, termasuk beberapa yang berada di kawasan sekitar ketika kejadian berlaku.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) kini menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca nahas.
Rakaman awal menunjukkan salah satu sayap pesawat terbakar semasa berlepas.
UPS dalam satu kenyataan menyatakan rasa dukacita atas insiden tersebut dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Maklumat lanjut akan dikongsi sebaik siasatan selesai.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#terhempas
#UPS
#pesawat kargo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan