Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terguris dengan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mempersendakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam ceramah politik dan kini menjadi viral di media sosial.
Kecewa, Tengku Abdullah menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai tidak menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
"Saya tidak mahu cakap pasal itu, pasal ramai yang sudah cakap. Tetapi dilihat daripada percakapannya, dia sudah langgar ketertiban seorang Melayu.
"Sebagai seorang Melayu mungkin yang lebih muda daripada ayahanda saya dan kita selalu diasuh untuk menghormati orang tua lebih-lebih lagi seorang raja," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika ditemui selepas berangkat melawat mangsa kebakaran tiga buah rumah di Taman Sungai Isap 2 di sini, hari ini.
Tengku Abdullah pada masa sama percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis sudah dibuat.
"Saya serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, sebab sudah banyak laporan polis dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana."
"Dalam masa sama saya marah dan tersinggung dengan video yang diambil oleh pihak istana ini, itu yang saya terkilan. Saya akan ambil tindakan kepada pihak yang terbabit," titah baginda.
Noraniza Kamsani
Wed Jan 17 2018
Kecewa, Tengku Abdullah menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai tidak menghormati orang yang lebih tua daripadanya. - Foto Astro AWANI
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin
Kata Salahuddin, seseorang ahli Parlimen perlu memiliki sokongan majoriti sekiranya mahu menjadi perdana menteri demi rakyat dan negara.
Langkah berjimat - lucut hak kerabat
Tindakan diambil sejajar dengan usaha Parlimen Sweden - Riksdag - tahun lalu yang menjalankan semakan dan siasatan bagaimana untuk mengawal perbelanjaan keluarga di raja Sweden.
Sindiran TMJ buat rakyat hilang rasa hormat - Khairuddin
Tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memuat naik kenyataan berunsur sindiran di laman sosialnya menjadikan rakyat hilang hormat kepada Tunku Mahkota Johor itu.
Ini pasukan saya, untuk bela rakyat Johor - MB Johor
Beliau mengulangi bahawa kesemua Exco dipilih, adalah satu pasukan yang beliau selesa bekerja, dan percaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab membela rakyat dengan baik.
Kerajaan terbuka kepada cadangan bina Malaysia baharu - Wan Azizah
Beliau berkata dengan penglibatan seluruh masyarakat, usaha pentadbiran kerajaan merencana pembangunan mampu dilaksanakan dengan lebih menyeluruh sifatnya.
Ahmad Zahid, Hishammuddin menghadap Raja Perlis
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, dipercayai berkaitan isu
Siapa bakal MB Pahang?
Meskipun, BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya apabila menangi 25 kerusi daripada 42 kerusi Dun, tetapi pelantikan pemimpin yang menerajui negeri ini masih menjadi tanda tanya.
Istana terbiar 100 tahun milik Tunku Kudin bukan Raja Bersiong - Persatuan Sejarah
Istana itu dibina menggunakan telur putih dan manisan lebah, dipercayai bagi menguatkan struktur dan binaannya, manakala untuk menghidupkan keseluruhan lampu di istana mengambil masa setengah jam.
Anwar mohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan mengelirukan
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya.
Anwar Ibrahim punca kemelut politik Selangor - Hasil Kaji Selidik
Rata-rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.