KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Liga Dunia Islam, Arab Saudi akan menganjurkan Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan berkata Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia akan diadakan pada 7 Mei (Selasa) ini, 8 pagi hingga 5 petang di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
Sementara Majlis Ulama Asia 2024 pula akan diadakan pada 8 Mei (Rabu) bermula 8 pagi hingga 2 petang di Hotel Mandarin Oriental di ibu negara.
"Persidangan ini adalah berkesinambungan daripada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 pada 30 Jun 2022 yang lalu. Bahasa pengantar yang akan digunakan dalam persidangan ini ialah Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris," katanya.
Beliau berkata objektif utama penganjuran kedua-dua program itu adalah untuk membangunkan wawasan tamadun bersama bagi menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan, menangani ancaman pemikiran ekstremis dan mengubah konflik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan.
Bertemakan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', Mohd Na'im berkata Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dijangka dihadiri 1,500 peserta terdiri daripada para ulama, cendekiawan, pemimpin politik, ahli Parlimen, ahli akademik dan tokoh-tokoh pemimpin agama Islam dan bukan Islam tempatan serta dari lebih 50 negara luar.
"Objektif penganjuran Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia adalah untuk memupuk semangat keharmonian dalam kalangan penganut pelbagai agama. Memupuk asas yang kukuh berpaksikan teras MADANI agar bersesuaian dengan realiti semasa masyarakat berbilang agama, agar masyarakat berinteraksi dengan harmoni bagi mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat," katanya.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan perasmian persidangan itu pada 12 tengah hari.
Orang ramai boleh menonton liputan penuh siaran langsung program itu di laman Facebook JAKIM dan juga siaran langsung ucapan perdana menteri menerusi Radio Televisyen Malaysia TV1 dan TV Alhijrah, katanya.
Selain itu, Mohd Na'im berkata tema bagi persidangan Majlis Ulama Asia pula ialah 'Perpaduan' dan seramai 200 peserta dijangka mengambil bahagian dalam persidangan itu, terdiri daripada para ulama Islam dari negara-negara Asia.
"Objektif penganjuran Majlis Ulama Asia adalah untuk memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni serta menghormati perbezaan pelbagai dimensi dari sudut berdasarkan teras MADANI, teologi dan sosiologi.
"Nilai kesederhanaan dalam berhadapan dengan pelbagai fahaman dalam mazhab dan tidak menjadikannya sebagai ketakutan, kebencian atau konflik," katanya.
Beliau berkata Majlis Penutup Majlis Ulama Asia akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Semoga dengan penganjuran Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia ini akan mencapai matlamat yang ditetapkan serta dapat menerapkan mesej agenda Malaysia MADANI dan Transformasi al-Falah ke arah memartabatkan Islam di mata dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
Mohd Na'im berkata antara objektif utama penganjuran kedua-dua program itu adalah untuk membangunkan wawasan tamadun bersama bagi menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia 2024 akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini.