awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025: Mualaf pegang peranan jambatan perpaduan

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
09:30 MYT
Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025: Mualaf pegang peranan jambatan perpaduan
Tokoh jemputan bergambar bersama selepas panel perbincangan dalam Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025 di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar Syadeed Communications
KUALA LUMPUR: Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025 menghimpunkan ratusan peserta, antaranya pemimpin komuniti, saudara baharu, aktivis serta masyarakat umum daripada pelbagai latar belakang di sini, pada Khamis.
Dengan tema 'Fracture to Future: Reverts Uniting Malaysia', persidangan anjuran New Muslims Community (NMC) di bawah naungan Pertubuhan Al-Khaadem ini menekankan peranan unik saudara baharu sebagai jambatan semula jadi dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Antara tokoh jemputan ialah Pengasas dan Presiden Al-Khaadem, Datuk Sheikh Hussain Yee, Presiden Islamic Propagation Society International, Datuk Kamarudin Abdullah, serta selebriti Fynn Jamal, Noh Salleh dan Lisa Surihani.
Mereka berkongsi perjalanan peribadi, cabaran saudara baharu serta visi membina masyarakat Malaysia yang lebih inklusif.
"Mualaf mempunyai kedudukan istimewa dalam usaha memupuk persefahaman antara Muslim dan bukan Muslim," ujar Datuk Sheikh Hussain Yee dalam ucapannya.
Sementara itu, jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang turut memberi pesanan inspirasi agar perpaduan tidak hanya dirasai di stadium, tetapi diamalkan dalam kehidupan seharian.
"Saudara baharu kita merupakan contoh teladan ketabahan, integrasi dan keharmonian," ujar Azizulhasni.
Sepanjang persidangan, peserta mengambil bahagian dalam sesi perbincangan panel, perkongsian kisah peribadi dan forum interaktif.
Antara tema yang dibincangkan ialah dinamika kekeluargaan saudara baharu, pembinaan komuniti sokongan, serta usaha mengukuhkan perpaduan sosial, ke arah membina sebuah negara yang lebih bersatu dan harmoni.
Topic Berkaitan
#saudara baharu
#mualaf
#Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025
#Perpaduan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan