Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sebarang pertelingkahan antara negara tidak harus sampai ke peringkat peperangan, kerana itu merupakan cara orang primitif.
Ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-25, di sini pagi ini, beliau berkata, sebaik-baiknya masalah itu harus diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang betul, termasuk meja rundingan, arbitrasi, atau terus dibawa ke mahkamah.
“Kini terdapat konflik di mana-mana, dan situasi yang sangat tidak stabil. Sebagai contoh, konfrontasi antara Amerika Syarikat dan China..kita semua terlibat walaupun kita bukan sebahagian darinya. Apabila dua gergasi bergaduh, akhirnya rumput yang menjadi mangsa pijakan.
“Atas sebab itu kita perlukan satu perintah dunia yang baharu (new world order). Yang ada sebelum ini kesemuanya gagal kerana kita berfikir pertelingkahan boleh diselesaikan dengan peperangan. Kali terakhir perang dunia berlaku, hampir tujuh juta manusia terbunuh, tetapi akhirnya kita tidak mencapai apa-apa,” ucapnya lagi.
Dr Mahathir merupakan pemimpin dunia pertama yang berucap di Persidangan Nikkei kali ini, yang mana ianya bertemakan - “Seeking A New Global Order - Overcoming The Chaos”.
Mengambil contoh sejarah konfrontasi antara negara ASEAN dahulu, Dr Mahathir berkata, Malaysia juga mempunyai sejarah dengan beberapa negara jiran, termasuk Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand.
“Apabila kami (negara-negara ASEAN) mencapai kemerdekaan dahulu, berlaku banyak konfrontasi serius.
“Tetapi akhirnya ASEAN kini merupakan rantau yang sangat stabil. Segala pertelingkahan dibawa ke meja rundingan, bukan peperangan. Dan akhirnya rantau ini menjadi sangat aman, dan ekonomi berkembang pesat,” katanya lagi.
Atas sebab itu, Dr Mahathir berkata, ia sepatutnya dicontohi rantau lain, walaupun mungkin ada sedikit pengorbanan terpaksa dilakukan, tetapi akhirnya ia adalah untuk kebaikan kesemua pihak.
“Dan jika kita mahu perintah dunia baharu, kita perlu memastikan pertelingkahan diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang betul, agar kita terus dilihat sebagai manusia yang bertamadun,” tegasnya lagi.
Firdaus Azil
Thu May 30 2019
Dr Mahathir merupakan pemimpin dunia pertama yang berucap di Persidangan Nikkei kali ini, yang mana ianya bertemakan - -Seeking A New Global Order - Overcoming The Chaos-. GAMBAR BERNAMA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Persidangan Nikkei: Selesaikan konfrontasi dengan perang itu cara primitif - Tun Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sebarang pertelingkahan antara negara tidak harus sampai ke peringkat peperangan.