awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persoalan 'apakah kaum anda?' tidak bawa kita ke mana-mana - Anas Zubedy

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
12/02/2021
05:35 MYT
Persoalan 'apakah kaum anda?' tidak bawa kita ke mana-mana - Anas Zubedy
Persoalan itu akan menyakiti banyak pihak, memecah belah, memisahkan dan membuatkan rakyat Malaysia saling bertanyakan tentang kesetiaan masing-masing. - Foto YouTube/zubedy official
KUALA LUMPUR:Soalan berkenaan 'apakah kaum anda?' dilihat tidak lagi relevan pada ketika ini.
Penulis dan blogger, Anas Zubedy berkata selain tidak relevan, persoalan itu juga lambang kepada kurang kesedaran dan adakalanya berniat buruk.
"Ia tidak relevan kerana sebagai warga Malaysia adalah isu kerakyatan. Manakala, berbangsa Melayu, India, atau Cina adalah perihal etnik.
"Kedua-duanya bukanlah perkara yang sama. Kurang kesedaran kerana sayangnya, masih ramai tidak tahu perbezaan antara keduanya.
"Ia berniat buruk kerana ada yang mengetengahkan persoalan ini untuk kepentingan politik.
"Manakala, percaturan licik politik ini memanfaatkan golongan politikus, tetapi ia tidak memberi manfaat kepada kita," katanya menerusi komentar video sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn Bhd berkata, persoalan itu akan menyakiti banyak pihak, memecah belah, memisahkan dan membuatkan rakyat Malaysia saling bertanyakan tentang kesetiaan masing-masing.
Ujarnya, hela nafas pertama setiap rakyat Malaysia yang dilahirkan, adalah sebagai warga Malaysia.
Malah, apabila berada di luar negara, rakyat Malaysia tidak kira kaum akan merujuk diri mereka sebagai warga Malaysia.
"Kenapa? Kerana warga Cina Malaysia ingin membezakan diri mereka daripada warga negara China ataupun Singapura.
"Seperti mana warga Melayu Malaysia, juga ingin membezakan diri mereka daripada mereka yang berasal dari Selatan Thailand ataupun mungkin Indonesia.
"Begitu juga yang lain-lain. Kita harus berhenti melaga-lagakan antara kerakyatan kita dengan latar belakang etnik kita.
"Tolonglah, hentikan semua ini! Ia tidak membawa kita ke mana-mana pun melainkan perpecahan," katanya.
Justeru, beliau berpandangan rakyat Malaysia ketika ini harus mewujudkan suatu persekitaran yang positif di mana setiap lapisan masyarakat boleh berbangga sebagai warga Malaysia.
Pada masa yang sama, individu bergelar rakyat Malaysia itu masih boleh menjiwai asal usul etniknya.
Topic Berkaitan
#Anas Zubedy
#soalan kaum
#perkauman
#bangsa malaysia
#perpaduan
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan