KUALA LUMPUR : Tindakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertahankan ucapan dalam Dewan Rakyat tidak boleh dilihat sebagai perkauman, ujar Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Takiyuddin yang mahu ucapan pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi kesalahan hendap dibuat dalam Bahasa Melayu adalah bagi membolehkan semua orang memahaminya.
Malah ujarnya, apa yang dibangkitkan Takiyuddin itu cukup jelas dan kerajaan perlu menambah baik RUU tersebut agar semua kumpulan masyarakat memahami apa yang ingin dipinda melibatkan akta kesalahan mengintip atau stalking.
"Jadi wajarlah perkara itu dibahaskan dan dibincangkan secara jelas dalam Bahasa Melayu kerana melibatkan semua rakyat Malaysia.
"Malangnya, kerajaan tidak membawa RUU itu dalam Bahasa Melayu. Tetapi ruang masih ada untuk buat sedemikian dalam pencerahan lain, kerana dalam Bahasa Melayu ada banyak istilah yang masuk dalam takrif seperti 'skodeng', mengintip dan macam-macam lagi," katanya dalam satu kenyataan audio pada Ahad.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menempelak Takiyuddin sebagai perkauman, berpolitik isu bahasa kerana menegur tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh yang membentangkan RUU antihendap dalam Bahasa Inggeris.
Ahli parlimen pembangkang mempersoalkan penggunaan hanya bahasa Inggeris dalam RUU meminda Kanun Keseksaan dan Kanun Prosedur Jenayah bagi kesalahan tersebut.
Beberapa Ahli Parlimen turut bertanya sama ada ia sebahagian daripada percubaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara.
Astro Awani
Sun Apr 02 2023

Wan Ahmad Fahysal berkata, tindakan Takiyuddin yang mahu ucapan pembentangan rang undang-undang (RUU) bagi kesalahan hendap dibuat dalam bahasa Melayu adalah bagi membolehkan semua orang faham. - Gambar fail/BERNAMA

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Bekas ADUN Paloh ditidurkan akibat komplikasi demam denggi
Nozula yang berusia 66 tahun ditidurkan sejak 3 petang semalam selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada beliau dan ahli keluarga yang lain.

Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.

Malaysia kekal di tangga 36 dalam laporan GII 2023, skor meningkat
Malaysia juga menduduki tangga kedua negara paling berinovatif selepas China dalam kalangan 36 upper-middle income countries dengan kenaikan satu tangga berbanding 2022.

Pengendali DuitNow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November depan.
[TERKINI] Pengendali Duitnow QR sahkan caj transaksi kuat kuasa 1 November
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (Paynet), pengendali Duitnow QR mengesahkan akan mengenakan caj transaksi kepada pengguna aplikasi tersebut berkuat kuasa 1 November.

Putri Ariani tewas AGT, namun persembahan dapat 'standing ovation', pujian Simon Cowell
Peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani, 17, hanya berjaya meraih tempat keempat America's Got Talent (AGT) musim ke-18.

Baru saja mula, usul tergempar YB Machang buatkan Dewan Rakyat panas
Dewan panas sebaik saja Speaker, Tan Sri Johari Abdul mahu memulakan aturan mesyuarat apabila Wan Ahmad Fayhsal bangkit bertanya berhubung usul tergempar dibawanya.

Jangan jejaskan usaha tangani isu perubahan iklim dengan sentimen politik - Ahli Parlimen
Jika tiada kematangan dan keinginan politik, sudah pasti isu perubahan cuaca akan memberi impak yang sangat besar kepada masa depan negara.

Tindakan keluar parti, beri kelebihan kepada PN - Wan Ahmad Fayhsal
Katanya, mereka yang keluar UMNO memahami isu-isu yang berlaku di peringkat pusat termasuk berkaitan 3R serta menolak kerjasama PH-BN.

Pas juga liberal dalam bidang seni - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menjelaskan kerajaan Kelantan yang diterajui Pas membuktikan perkara tersebut dengan membantu usaha memperkasakan seni.

Polis digesa siasat pihak campuri, tekan SPRM kaitkan nama Hamzah dengan kes mahkamah
PDRM digesa menyiasat mana-mana pihak yang mencampuri atau menekan SPRM untuk mengaitkan nama Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kes di mahkamah.

Dahulu Azam Baki ditentang, kini kenapa lanjutkan pula kontrak?- Armada Bersatu
Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan tindakan kerajaan melanjutkan kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

'Kami tak cemburu, cuma jalankan tugas semak dan imbang kerajaan'
PN hanya melaksanakan kerja dan amanah membawa suara rakyat sama ada di dalam atau luar Parlimen.

'Rakyat mahu tahu kenapa ada usaha lengahkan kes Zahid' - Armada Bersatu
Menurut Wan Ahmad Fayhsal perkara ini amat penting untuk ditangani dengan serius untuk memastikan keadilan tidak disongsang sewenang-wenangnya

Dakwaan jual beli organ perlu dianggap amat serius - KKM
Dakwaan mengenai kewujudan aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap amat serius oleh semua pihak.

Pertahan Bahasa Melayu tidak bererti perkauman - Wan Ahmad Fayhsal
Tindakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertahankan ucapan dalam Dewan Rakyat tidak boleh dilihat sebagai perkauman.