awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan Anwar, Srettha rancakkan kerjasama perdagangan, keselamatan - Pakar

Fareez Azman
Fareez Azman
11/10/2023
12:06 MYT
Pertemuan Anwar, Srettha  rancakkan kerjasama perdagangan, keselamatan - Pakar
Pertemuan Anwar dan Srettha dilihat bakal memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara yang telah mempunyai hubungan sekian lama. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin hari ini dijangka dapat merancakkan lagi kerjasama dua hala sektor perdagangan, keselamatan serta pertanian negara berjiran itu.
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani, ia juga bakal memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara yang telah mempunyai hubungan sekian lama.
"Perdagangan, memang kita rakan dagangan kedua terbesar Thailand selepas Singapura, dalam konteks itu, kita nampak ada kepentingan besar dalam merancakkan lagi perdagangan.
"Kita tahu hubungan rakyat di Selatan Thailand dengan negara ini amat akrab, kita juga memainkan peranan besar tentang keselamatan terutama di Selatan Thailand.
"Ada juga dengar-dengar penyelesaian ingin dicapai dalam usaha Malaysia sebagai broker kepada keamanan antara puak pemisah dengan kerajaan Thailand.
"Dalam konteks ini peranan Malaysia sangat penting kepada Thailand, dari segi perdagangan, hubungan rakyat dan keselamatan yang memerlukan kerjasama erat dua-dua negara untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.
Kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Perdana Putra, pada Rabu.
Pada mesyuarat itu Malaysia dan Thailand bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas peringkat tertinggi bagi mempertingkatkan kerjasama dalam beberapa bidang tertentu.
Mengulas lanjut ujarnya, kerjasama antara Malaysia-Thailand juga tepat pada masanya ketika negara berdepan isu keselamatan makanan.
Thailand katanya, terkenal sebagai negara pengeksport beras, justeru perlu ada kerjasama di antara kedua-dua negara dalam membantu memperkukuhkan industri pertanian di negara ini.
"Dalam konteks Malaysia, perkara paling utama kedaulatan makanan, dalam sektor ini Thailand boleh bantu kita dapat meningkatkan dan memastikan keterjaminan import beras Thailand ke Malaysia.
"Mungkin ada kerjasama meningkatkan kemampuan Malaysia mengeluarkan beras dalam negara, saya tidak pasti jika Thailand ada peranan untuk bantu kita," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Thailand
#Anwar Ibrahim
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan