Pertemuan Kelantan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Sabtu ini adalah ujian penting bagi skuad The Red Warriors menilai kemampuan mereka.
Penyerangnya Indra Putera Mahayuddin berkata perlawanan itu menguji pemain untuk menunjukkan kemampuan serta kualiti sebenar mereka apabila berdepan lawan yang dianggap mantap ketika ini.
"Ia sudah tentu perlawanan yang dinantikan semua pihak, baik pemain mahupun penyokong. Malah ia juga merupakan satu perlawanan berat yang perlu dihadapi kami.
"Apa yang penting adalah semangat berpasukan yang akan membawa kejayaan serta hasil yang positif," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Penyerang berpengalaman itu berkata kemenangan pada perlawanan pertama ke atas PKNS 3-1 Jumaat lalu adalah suntikan moral yang baik bagi rakan sepasukannya untuk mencipta kemenangan ke atas JDT nanti.
"Saya yakin persefahaman antara pemain import dan tempatan pada perlawanan pertama tempoh hari boleh ditingkatkan lagi bagi beraksi lebih baik pada Sabtu ini.
"Kami perlu banyak berkomunikasi dan membantu antara satu sama lain bagi menguatkan pasukan. Saya juga yakin pemain muda yang diturunkan nanti mampu menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun berdepan pasukan kuat seperti JDT," katanya.
Ditanya kekuatan skuad JDT, Indra Putra berkata kelebihan utama yang dimiliki pasukan dari selatan tanah air itu ialah kerjasama yang terbentuk ketika beraksi di atas padang.
Menurutnya dalam dua perlawanan pertama JDT, pasukan itu bermain baik sebagai satu pasukan dan saling membantu bagi memastikan kemenangan.
"Dari segi kelemahan itu tidak banyak, namun sekiranya kami bermain lebih baik daripada mereka, tidak mustahil kami dapat tewaskan mereka di laman sendiri nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2017
Pertemuan Kelantan menentang JDT dalam saingan Liga Super Sabtu ini adalah ujian penting TRW menilai kemampuan mereka. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu - 04 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Kes pemerasan RM1.25 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
AWANI Tonight: 3rd May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan
Sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
JDT menang bergaya dengan jersi baharu
Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) cemerlang mengatasi pasukan dari Singapura, Lion City Sailors, 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
JDT perkenal jersi ketiga
Johor Darul Ta'zim (JDT) baru sahaja memperkenalkan jersi ketiga yang akan digunakan untuk musim 2024/25.