awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu luluskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
15/01/2024
13:47 MYT
Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu luluskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis
Muhammad Fathi berkata Pilihan Raya Ahli Dewan Rakyat dan Pilihan Raya Perdana Menteri perlu dilaksanakan Akta Parlimen Berpenggal Tetap hendak dikuatkuasakan. - foto/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Ahli Dewan Rakyat dan Pilihan Raya Perdana Menteri perlu dilaksanakan Akta Parlimen Berpenggal Tetap hendak dikuatkuasakan dalam sistem semasa demokrasi negara.
Pensyarah Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof berkata pilihan raya berasingan ini perlu dilakukan kerana wujud konflik antara Akta yang bertujuan mengekalkan Kerajaan sehingga hujung penggal Parlimen dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan sedia ada.
“Kalau kita hendak laksanakan (Akta Parlimen Berpenggal Tetap) juga, kita perlu ubah sistem Demokrasi Berparlimen ini dengan mewujudkan dua pilihan raya berasingan iaitu pilihan raya Parlimen untuk memilih ahli badan perundangan, dan pilihan raya lain untuk pilih Perdana Menteri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis
Jelas Muhammad Fathi, Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan membenarkan Perdana Menteri meletak jawatan atau ditukar jika hilang kepercayaan dalam Dewan Rakyat.
“Saya percaya itu ialah elemen teras kepada amalan Demokrasi Berparlimen. Masih wujud kemungkinan dalam negara kita, seorang Perdana Menteri hilang sokongan kepercayaan. Sekiranya, kita hendak hapuskan elemen itu, kita terpaksa pinda Perlembagaan untuk memadamkan peruntukan Perkara 43(4) ini.
“Tetapi ia tetap boleh menimbulkan persoalan apabila berlaku sidang Parlimen. Umpamanya seorang Perdana Menteri yang telah hilang kepercayaan, tetapi kerana kita wujudkan sistem penggal tetap bagi Perdana Menteri, maka dia terus kekal mentadbir.
“Dalam situasi itu, apabila ada usul di Dewan Rakyat, mungkin usul kerajaan tidak dapat diluluskan kerana sokongan kepada Perdana Menteri sudah menjadi minoriti.
“Dalam hal ini, wujud konflik, terutamanya apabila usul-usul itu melibatkan Belanjawan dan sebagainya,” jelasnya.
Pada 13 Januari lalu, Ahmad Zahid mencadangkan supaya satu RUU bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.
Katanya, melalui undang-undang itu, kerajaan akan dapat memberi tumpuan penuh mentadbir negara, sekali gus mengelak sebarang ganggu gugat politik yang tidak berkesudahan.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Dewan Rakyat
#Perlembagaan Persekutuan
#Akta Parlimen Berpenggal Tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan