Persatuan Pendidik Taska dan Tadika Malaysia (PPTTM) meminta kerajaan mempertimbangkan semula syarat wajib bagi pendidik di pusat asuhan di negara ini memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma ekoran terdapat beberapa kekangan terutama faktor gaji.
Pengarah PPTTM Rozita Kamil berkata gaji minimum RM1,000 yang diperoleh rata-rata pendidik di pusat asuhan terutama di taska dan tadika swasta juga menyukarkan warga pendidik institusi berkenaan untuk menyambung pengajian di peringkat diploma disebabkan yuran pengajian yang agak tinggi.
"Saranan kerajaan supaya setiap pendidik atau guru di taska atau tadika di negara ini memiliki diploma adalah sangat baik selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan bakal pewaris negara menerima pendidikan awal yang sempurna.
"Tetapi bagaimana kita pastikan aspirasi berkenaan dapat direalisasikan dengan baik dan tidak membebankan mana-mana pihak terutama di peringkat pendidik, pengusaha taska dan ibu bapa," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perdana Pendidik Awal Kanak-Kanak (APPAKK) 2.0 di sini, pada Sabtu.
Majlis dihadiri kira-kira 1,000 pendidik taska dan tadika dari seluruh negara itu disempurnakan Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Tan Sri Mohd Ali Rustam dan seramai 419 pendidik menerima anugerah yang terdiri daripada Anugerah Pendidik Harapan, Anugerah Pendidik Berpotensi, Anugerah Pendidik Taat Setia, Anugerah Pendidik Aspirasi dan Anugerah Perdana (APPAKK) 2.0.
Dilaporkan sebelum ini Kementerian Pendidikan mewajibkan guru yang mengajar di pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma mulai tahun 2020 dan peraturan tersebut melibatkan semua pusat asuhan dan prasekolah di bawah agensi kerajaan dan swasta.
Mengulas lanjut, Rozita berkata syarat berkenaan juga secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap pengusaha taska dan tadika di negara ini kerana mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang besar sekiranya ingin mengekalkan pendidik yang ada di institusi mereka dengan membantu membiayai yuran pengajian golongan berkenaan.
Beliau berkata namun sekiranya pengusaha tidak mampu untuk menanggung kos tersebut, mereka terpaksa memberhentikan pendidik yang ada walaupun golongan berkenaan telah lama berkhidmat dan berpengalaman dalam bidang pendidikan awal.
"Situasi ini juga akan menyebabkan yuran di taska dan tadika akan meningkat selaras dan menyebabkan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai terbeban dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka di pusat asuhan ini," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Ali berkata PUNB sentiasa terbuka untuk memberi pinjaman kepada golongan pengusaha taska dan tadika untuk membuka atau memperluaskan perniagaan dalam industri perkhidmatan pendidikan awal.
"Setiap tahun PUNB memperuntukan RM250 juta untuk pinjaman dalam pelbagai indutri atau bidang perniagaan dan ia termasuk dalam industri pendidikan kerana pendidikan awal adalah penting untuk memastikan anak-anak mendapat didikan atau ilmu yang sempurna," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2016
Dilaporkan sebelum ini Kementerian Pendidikan mewajibkan guru yang mengajar di pusat asuhan kanak-kanak dan prasekolah memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma mulai tahun 2020.- Foto Bernama
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Pertimbang semula pendidik pusat asuhan miliki diploma - PPTTM
Persatuan Pendidik Taska dan Tadika Malaysia (PPTTM) meminta kerajaan mempertimbangkan semula syarat wajib bagi pendidik di pusat asuhan di negara ini memiliki kelulusan sekurang-kurangnya diploma eko