Skip to main content

Malaysia

Pertubuhan zakat antarabangsa belum dapat direalisasikan

81369104314_295x200.jpg
81369104314_295x200.jpg
Advertisement
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan Pertubuhan Zakat Antarabangsa (IZO) masih belum dapat direalisasikan.

Beliau berkata Malaysia telah mencadangkan penubuhan IZO bertujuan  membantu negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menangani kemiskinan dengan menggunakan dana khas bersumberkan zakat.

"Penubuhan IZO belum dapat direalisasikan dan sehingga kini hanya 11 negara berminat menyertainya tetapi mereka ini masih belum kukuh ekonomi serta mengharapkan bantuan pula," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Sekiranya penubuhan IZO diteruskan, dikhuatiri hanya Malaysia saja yang akan menanggung segala kos berkaitan, katanya ketika menjawab soalan lisan Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor).

"Malaysia akan terus menggerakkan pelbagai usaha dan kerjasama untuk menarik penyertaan negara-negara penyumbang (bagi merealisasikan penubuhan IZO)," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah ketika menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Seltan) berkata kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengeluarkan sisa dari kilang Lynas keluar dari negara ini.

Must Watch Video

Advertisement