awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar

Bernama
Bernama
14/02/2024
12:21 MYT
Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenal pasti - PM Anwar
Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI bertekad untuk memperkukuh agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menekankan dan mahu Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) menjadi pengerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda bumiputera.
Usaha itu perlu melangkau sudut pandang sempit kononnya agenda tersebut hanya untuk kepentingan bumiputera, justeru pertumbuhan baharu bumiputera perlu dikenal pasti di samping pengumpulan data yang bersistematik, katanya menerusi hantaran di laman X, pada Rabu.
Beliau turut memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 pagi tadi dengan dihadiri ahli MEB meliputi Timbalan-timbalan Perdana Menteri, menteri berkaitan serta wakil syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).
"Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperoleh daripada sesi libat urus yang telah diadakan," katanya.
Anwar berkata persediaan mengenai penganjuran KEB 2024 yang dijadualkan pada 29 Februari hingga 2 Mac ini turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Selepas mesyuarat MEB itu, beliau turut menyempurnakan prapelancaran KEB 2024.
Sementara itu, menerusi hantaran berasingan di laman X, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KEB 2024 memperkasakan agenda bumiputera agar lebih positif, progresif dan inovatif.
Beliau berkata mesyuarat MEB turut membincangkan agenda pembangunan sosioekonomi bumiputera serta pengukuhan industri halal.
KEB 2024 akan mencadangkan hala tuju baharu dalam memperkasakan bumiputera dengan lebih adil, saksama dan inklusif, katanya.
"Semoga agenda ekonomi bumiputera terus diperkuat dan memberi manfaat yang berkekalan kepada komuniti bumiputera serta negara, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#KEB 2024
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan