KUALA LUMPUR: Pertumbuhan produktiviti Malaysia pada 2023 dijangka sederhana pada tiga peratus di tengah-tengah cabaran berterusan dalam ekonomi domestik dan global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia bagi melonjakkan ekonomi.
"Di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI yang dilancarkan baru-baru ini, satu daripada tujuh sasaran yang perlu dicapai ialah Malaysia tersenarai dalam 12 teratas kedudukan Ranking Daya Saing Global (WCR).
"Ini juga menandakan pertumbuhan produktiviti kita tidak cukup transformatif untuk mengeluarkan negara daripada perangkap ekonomi pendapatan sederhana lebih awal," katanya pada pelancaran Laporan Produktiviti (PR) 2023 secara dalam talian, hari ini.
Menurut Tengku Zafrul, produktiviti boleh dipertingkatkan oleh sektor awam dan swasta yang mengutamakan kesejahteraan pekerja dan menyokong taraf hidup yang baik untuk mereka.
"Apabila ini berlaku, adalah lebih mudah untuk meningkatkan prestasi dan keuntungan pekerja, yang seterusnya memudahkan untuk mencapai produktiviti yang mampan.
"Kesemuanya ini bermakna Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan agensinya mempunyai tugas yang besar di hadapan. Bagaimanapun, saya yakin kita semua telah bersedia melaksanakan tugas dan komited untuk mencapai sasaran Ekonomi MADANI tersebut," katanya.
PR 2023, bertemakan "Produktiviti Mampan," dan dilancarkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), menyediakan butiran agenda produktiviti Malaysia.
Pengerusi MPC Datuk Kamaruzzaman Johari berkata MPC komited untuk memperkasakan inisiatif peningkatan produktiviti dengan memberi tumpuan kepada bakat, teknologi dan peraturan.
"Usaha MPC merangkumi pendekatan yang lebih meluas.
"Intervensi peringkat makro, cadangan dasar dan rangka kerjanya disusun untuk membolehkan persekitaran perniagaan yang dipertingkatkan produktiviti," katanya.
PR 2023 melaporkan produktiviti Malaysia yang membanggakan serta daya saing, yang naik lima anak tangga ke kedudukan ke-27 dalam WCR 2023 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).
Ini disumbangkan oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sebanyak 8.7 peratus pada 2022 dan pemulihan produktiviti yang lebih kukuh daripada jangkaan pada 5.4 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Tengku Zafrul berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing Malaysia bagi melonjakkan ekonomi. - Gambar fail/Bernama
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi KDNK suku pertama 2024.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.