KUALA LUMPUR: Seorang perunding perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan menipu berhubung beberapa dokumen bagi menuntut dana di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) lebih RM300,000, tiga tahun lepas.
P Anbalahgan, 61, didakwa menipu Penolong Pengarah Seksyen Pendidikan Latihan MITRA, R. Kavithah dengan memperdayakannya bahawa tiga penyata bank Hong Leong atas nama Bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi atas nama bengkel itu, empat invois dikemukakan dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara bertarikh 14 April 2020 adalah benar dan tulen.
Perbuatannya yang mendorong Kavithah memindahkan RM331,047 ke dalam akaun Bengkel Motor Steben didakwa dilakukan di MITRA, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 14 April 2020 dan 3 Dis 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Anbalahgan juga mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan pilihan iaitu menggunakan tiga penyata bank Hong Leong palsu atas nama bengkel Motor Steben, lapan resit rasmi palsu atas nama bengkel itu, empat invois palsu yang dikemukakan dalam laporan berkala dan laporan akhir Prestasi Pelaksanaan Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Malaysia Kementerian Perpaduan Negara, di tempat dan tarikh sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Peguam M. Yoges memohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap memandangkan telah muflis sejak 2007 selain mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout.
"Anak guam telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan dan dia juga memohon untuk membayar wang jaminan secara ansuran," katanya.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan.
"Mahkamah membenarkan tertuduh membayar wang jaminan secara ansuran iaitu RM5,000 dibayar hari ini, RM5,000 pada 4 Okt dan RM10,000 pada 11 Okt. Sebutan kes ditetapkan pada 3 Nov ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Perunding perniagaan P Anbalahgan mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan menipu berhubung beberapa dokumen bagi menuntut dana di bawah MITRA lebih RM300,000. - Foto Bernama

Pengesahan penarafan Malaysia oleh Fitch cerminkan komitmen reformasi fiskal kerajaan
MOF memaklumkan bahawa kerajaan mengalu-alukan pengesahan penarafan kredit berdaulat Malaysia dengan tinjauan stabil oleh Fitch.
Kereta kebal Israel lancar serangan bertalu di selatan Gaza
Rakaman visual terbaharu yang dikongsikan oleh Reuters turut menunjukkan pasukan tentera Israel sudahpun membariskan kereta-kereta kebalnya di sempadan negara itu, dengan serangan ditujukan ke selatan Gaza.
Sedekad kematian Mandela, legasi pro-Palestinnya terus kekal
Cucu Nelson Mandela, Mandla berkata, ramai rakyat Afrika Selatan melihat persamaan perjuangan Mandela menentang minoriti kulit putih dengan penentangan Palestin terhadap pendudukan Israel.
Bas rempuh pokok, 14 maut 20 cedera
Seramai 14 penumpang maut manakala 32 lagi cedera selepas sebuah bas dua tingkat merempuh pokok di selatan Thailand.
Lima termasuk empat kanak-kanak cedera di Peshawar
Lima termasuk empat kanak-kanak cedera dalam satu letupan di bandar Peshawar, barat laut Pakistan pada awal Selasa.
Sembilan maut akibat banjir di selatan India
Hujan lebat berpanjangan pada Selasa menyebabkan jalan raya di selatan India tenggelam dilanda banjir dan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam banjir itu, termasuk seorang kanak-kanak.

Pengecualian visa: Pelancong bertambah, N.Sembilan perlu rebut peluang - Loke
Anthony Loke berkata, pertambahan kemasukan pelancong itu perlu diambil peluang oleh Negeri Sembilan yang berada berhampiran pintu utama negara.
Belasungkawa: Menteri Kesihatan yang berkesan, pejuang reformis kental - PM
Mendiang Datuk Chua Jui Meng akan dikenang bukan sahaja sebagai antara Menteri Kesihatan yang sangat berkesan tetapi juga seorang pejuang reformis kental yang sentiasa bersama PKR ketika zaman sukar parti itu.
3,260 Mangsa di Pasir Mas, empat PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan menurun kepada 3,260 orang daripada 989 keluarga setakat jam 8 malam berbanding 5,802 mangsa daripada 1,1813 keluarga.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah ditutup berbanding 13 yang beroperasi petang tadi.
Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat pusat pemindahan sementara (PPS) juga telah ditutup berbanding 13 yang beroperasi petang tadi.
COP28: Sarawak meterai MoU dengan beberapa syarikat Singapura
Sarawak meterai MoU dengan beberapa syarikat Singapura
Sarawak meterai MoU dengan beberapa syarikat Singapura sebagai usaha menarik kemasukan pelabur menerusi inisiatif ekonomi hijau.
Sarawak meterai MoU dengan beberapa syarikat Singapura sebagai usaha menarik kemasukan pelabur menerusi inisiatif ekonomi hijau.

Perunding perniagaan didakwa tipu dokumen tuntut dana MITRA lebih RM300,000
Seorang perunding perniagaan mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan menipu berhubung beberapa dokumen bagi menuntut dana di bawah MITRA.