Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menilai semula peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata polisi telah mula dilaksanakan dan akan disemak keberkesanannya dua tahun lagi.
“Ketika ini setiap PBT mempunyai 24 ahli majlis, kalau 30 peratus bermaksud sekurang-kurangnya lapan orang mesti diwakili wanita.
“Ahli majlis dilantik setiap dua tahun sekali dan sekiranya PBT gagal mematuhi syarat Sistem Penarafan Bintang mungkin mereka gagal mendapatkan peruntukan namun semuanya akan dinilai semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Hari Wanita 2018, di sini, hari ini.
Zuraida dalam ucapannya sebelum itu turut menekankan perwakilan yang seimbang daripada segi gender dalam Majlis Perbandaran adalah penting ke arah meningkatkan penyertaan politik di peringkat kebangsaan.
Beliau juga berkongsi pandangan tentang penggembelengan sumbangan wanita yang lebih tinggi dalam Sustainable Development Goals (SDG) semasa sesi ucapan beliau bertajuk "Kerajaan Tempatan: Peluang Baharu Untuk Wanita".
Persidangan dianjurkan Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) dengan tema "Mengilham Harapan, Memacu Wawasan" diadakan bagi memberi inspirasi dan membentuk pemikiran baharu wanita dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.
Azyyati Ahmad
Fri Aug 24 2018
Zuraida dalam ucapannya sebelum itu turut menekankan perwakilan yang seimbang dari segi gender dalam Majlis Perbandaran adalah penting ke arah meningkatkan penyertaan politik di peringkat kebangsaan.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
KPKT peruntuk RM500,000 naik taraf Gerbang Malam di Ipoh - Kor Ming
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM500,000 bagi kerja-kerja menaik taraf pasar Gerbang Malam yang terletak di Jalan Dato Tahwil Azar.
KPKT sasar 50 PBT laksana inisiatif baharu, perkemas prosedur OSC
KPKT menyasarkan 50 PBT untuk melaksanakan inisiatif Industrial Green Lane, Prerequisite dan Self-Regulation tahun ini.
JBPM kini miliki kekuatan hampir 30,000 pegawai, anggota - Reezal Merican
Jumlah itu terdiri daripada 13,000 pegawai dan anggota tetap, lebih 2,000 pegawai bomba bantuan serta lebih 13,000 pegawai bomba sukarela.
KPKT bangunkan Indeks Harga Rumah Mampu Milik
Indeks tersebut wajar diadakan memandangkan standard atau definisi rumah mampu milik bagi lain-lain lokaliti malahan negeri adalah berbeza.
Kanak-kanak jatuh bangunan: Cadangan penghadang lebih tinggi perlu dikaji - KPKT
Cadangan agar pemaju projek perumahan bertingkat atau berstrata membina penghadang yang lebih tinggi bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dari bangunan perlu diberi perhatian.
Hampir 20,000 aduan berkait bangunan strata sepanjang 2020
Ia melibatkan pelbagai masalah berkaitan bangunan strata seperti kondominium, pangsapuri dan sebagainya.
KPKT rancang laksana MOVAK Outreach 2.0
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merancang untuk melaksanakan program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Outreach 2.0 dalam masa terdekat.
Sektor pengurusan fasiliti, harta jangan akses CIMS MITI buat masa ini - Zuraida
Pemilik syarikat sektor pengurusan fasiliti dan harta diminta tidak mengakses sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ketika ini.
KPKT bantu bekas atlet kebangsaan miliki kediaman
Zuraida berkata 80 peratus permohonan tiada masalah untuk diluluskan, namun baki 20 peratus permohonan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur (KL) berdepan kesukaran atas faktor lokasi.
Bazar Jalan Raja Alang, Taman Setiawangsa dibenar beroperasi semula - DBKL
DBKL membatalkan arahan tersebut selepas memperoleh maklumat terbaru mengenai status bazar itu dan akan mempertingkatkan kawalan prosedur operasi standard (SOP).