awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM13 juta, 100 jawatan kepada D11 pertingkat keberkesanan siasatan D11 - KPN

Bernama
Bernama
29/10/2021
22:25 MYT
Peruntukan RM13 juta, 100 jawatan kepada D11 pertingkat keberkesanan siasatan D11 - KPN
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata dengan peruntukan itu bahagian D11 di setiap kontinjen akan dapat diperkasakan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM13 juta dan 100 jawatan baharu untuk Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM), dilihat mampu meningkatkan keberkesanan siasatan bahagian itu.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata dengan peruntukan itu bahagian D11 di setiap kontinjen akan dapat diperkasakan, untuk meningkatkan mutu siasatan kes-kes membabitkan jenayah seksual melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak.
Beliau berkata selain itu penambahan lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am antaranya di Pagalungan, Sabah dan Temong Mura, Sarawak akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan yang berterusan oleh anggota penguatkuasaan.
"Infrastruktur berkenaan akan memantapkan keupayaan PDRM dalam memastikan keselamatan di kedua-dua negeri itu, pos-pos yang bakal dibina akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan kapasiti PDRM untuk memastikan kawalan keselamatan sempadan negara sentiasa di tahap terbaik.
"PDRM juga berterima kasih atas pengumuman peruntukan melibatkan kerja-kerja penggantian dan pembaikan lif serta kuarters PDRM," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata perkara itu merupakan bukti komitmen kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarga PDRM dalam menyediakan kuarters yang selesa dan selamat untuk didiami.
Selain itu, Acryl Sani berkata peningkatan elaun penugasan sukarelawan polis simpanan daripada RM7.80 kepada RM9.80 sejam untuk pegawai dan RM6 kepada RM8 bagi anggota, dapat memberi motivasi kepada lebih ramai anggota masyarakat untuk menyertai pasukan sukarelawan itu untuk bersama-sama membanteras jenayah.
"PDRM akan memastikan peruntukan dan penambahbaikan yang diumum dalam Bajet 2022 dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Acryl Sani Abdullah Sani
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan