KUANTAN: Kerajaan Pahang menyalurkan peruntukan RM300,000 kepada 1,000 atlet di bawah inisiatif Pahang Pride Athlete tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli Mohamad Kamal berkata bayaran RM300 secara sekali beri itu diberikan kepada atlet yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam mahupun luar negeri.
"Pahang Pride Athlete merupakan usaha sama antara kerajaan negeri dengan Majlis Sukan Pahang (MSP) yang dimulakan tahun lepas dan akan diteruskan pada tahun hadapan.
"Ia sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kegigihan serta pengorbanan atlet yang bersungguh-sungguh berlatih bagi mencapai sasaran selain mengharumkan nama negeri di persada dunia," katanya.
Fadzli berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Majlis Penyampaian Insentif Pahang Pride Athlete di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.
Fadzli berkata selain insentif berkenaan, terdapat tiga lagi inisiatif baharu dilaksanakan kerajaan negeri bagi meningkatkan kebajikan atlet dan jurulatih.
Beliau berkata ia termasuk menaikkan elaun bulanan atlet daripada RM100 kepada RM250 bermula tahun depan dan menaikkan gaji jurulatih sukan daripada RM1,500 kepada sekurang-kurangnya RM2,000.
"Ini bagi meningkatkan semangat mereka selain selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini," katanya.
Mengulas mengenai Tabung Pembangunan Sukan Pahang yang dilancarkan September lepas, Fadzli berkata mereka menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta dengan jumlah terkumpul setakat ini ialah RM600,000.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak syarikat atau individu tampil memberi sumbangan yang akan digunakan untuk pembangunan sukan di Pahang, dengan penyumbang boleh menikmati pengecualian cukai.
"Kutipan sedia ada juga akan digunakan sebagai persiapan kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang bagi menghadapi temasya itu di Sarawak tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Mahkamah benar permohonan Fahmi Fadzil pindah kes saman ke Mahkamah Tinggi lain
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk memindahkan kes samannya terhadap Papagomo ke Mahkamah Tinggi lain.
[TERKINI] PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion bagi menempatkan pusat data Google dan wilayah awan Google pertama di Malaysia.
[TERKINI] Nahas helikopter TLDM akibat salah haluan
Nahas helikopter TLDM 23 April akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan, menyebabkan pelanggaran dengan helikopter AW-139.
Bekas Presiden PPOC mengaku pecah amanah hampir RM500,000
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman satu hari penjara bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh jatuh hukuman.
Bursa Malaysia dibuka rendah, lanjutkan kerugian
Bursa Malaysia melanjutkan aliran menurunnya untuk dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Fintech: Malaysians lead the world in mobile wallet usage
Malaysian consumers are leading the charge in embracing alternative payment methods and cutting-edge technologies, according to the latest findings from Adyen, a global financial technology platform for businesses. 63 per cent of Malaysians utilise mobile wallets for transactions, boasting the highest adoption rate globally based on a survey, the Adyen Index 2024 of over 38,000 shoppers and 13,000 merchants across 26 markets.Their Country Manager, Soon Yean Lee unveils these insights.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini, meneruskan aliran penurunan semalam.
Pemandu lori maut dalam kemalangan babit lima motosikal
Ketika kejadian, mangsa sedang berkonvoi bersama 20 motosikal dari Simpang Ampat, Alor Gajah menuju ke Johor.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Peruntukan RM300,000 untuk 1,000 atlet Pahang
Bayaran RM300 secara sekali beri itu diberikan kepada atlet yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam mahupun luar negeri.