awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara

Bernama
Bernama
23/10/2024
21:30 MYT
Peruntukan RM675 juta bakal perkukuh keupayaan APMM pantau keselamatan negara
Mohd Rosli berkata APMM juga bakal menerima sebuah kapal peronda USCGC bagi meningkatkan lagi keupayaan agensi itu memantau perairan negara terutama di kawasan strategik. - Foto APMM
KUALA LUMPUR: Peruntukan RM675 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Belanjawan 2025 bakal memperkukuhkan lagi keupayaan agensi itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.
Ketua Pengarahnya Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata peruntukan itu akan diguna bagi menyelenggara kapal sedia ada dan perolehan baharu dalam usaha memperkukuh kesiagaan agensi untuk menjaga Zon APMM.
Beliau berkata pecahan peruntukan yang diterima meliputi RM150 juta bagi penyelenggaraan enam kapal sedia ada di bawah Program Pelanjutan Hayat Kapal (SLEP) Fasa dua bagi memastikan jangka hayat operasi kapal terbabit dapat dioptimum.
Mohd Rosli berkata sejumlah RM350 juta diperuntuk bagi proses perolehan sebuah kapal misi pelbagai guna (MPMS) bagi membolehkan APMM melaksanakan operasi di laut dengan lebih berkesan dan RM160 juta bagi perolehan dua kapal peronda generasi baharu (NGPC) yang dilengkapi teknologi terkini dalam usaha meningkatkan keupayaan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan lebih luas serta mencabar.
Beliau berkata APMM juga bakal menerima sebuah kapal peronda United States Coast Guard Cutter (USCGC) bagi meningkatkan lagi keupayaan agensi itu memantau perairan negara terutama di kawasan strategik.
"Bagi tujuan itu, kerajaan memperuntuk RM15 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan kapal berkenaan sebelum ia dibawa pulang ke negara ini tahun hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#APMM
#Belanjawan 2025
#operasi kapal
#USCGC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan