NATIONAL

Perutusan khas Perdana Menteri mengenai situasi semasa COVID-19 4 petang ini

Astro Awani 31/10/2020 | 07:42 MYT
Ucapan beliau dijangka menyentuh situasi semasa COVID-19 serta cabaran semasa yang dihadapi negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Astro AWANI akan menyiarkan Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 4 petang di Saluran 501 Astro AWANI, hari ini.

Perutusan khas ini dijangka akan menyentuh perkembangan terkini penularan pandemik COVId-19 di dalam negara saat ini.

Pasca-ucapan Muhyiddin, Astro AWANI akan secara terus-menerus menyiarkan perkembangan terkini COVID-19 di Sabah dengan menampilkan pakar epideomiologi dan ramai lagi.

Ucapan khas Muhyiddin akan disiarkan secara penstriman langsung di Facebook dan www.astroawani.com/live-tv Astro AWANI.

Jangan lupa menonton sebentar lagi!

Sumber Facebook ts.muhyiddin
#perutusan khas perdana menteri #Tan Sri Muhyiddin Yassin #COVID-19