KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia dalam dan luar negara.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda turut menzahirkan agar Malaysia sentiasa dirahmati nikmat keamanan dan perpaduan meskipun dilanda pelbagai ujian terutamanya pandemik COVID-19.
"Seri Paduka Baginda berdua turut mengambil kesempatan ini menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, Malaysia sentiasa dirahmati nikmat keamanan dan perpaduan meskipun sepanjang tahun 2020, negara yang kita cintai bersama ini dilanda pelbagai ujian.
"Ujian-ujian ini adalah sunnatullah bagi menguji hamba-hamba-Nya sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.(Al-Mulk: 2)," ujar Datuk Pengelola Bijaya Istana Negara itu.
RAKYAT TERUS SABAR DAN CEKAL
Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata Baginda berdua amat prihatin terhadap nasib rakyat yang terjejas terutamanya golongan yang kehilangan orang tersayang.
Justeru Baginda turut menzahirkan harapan agar rakyat terus sabar dan cekal mengharungi pandemik COVID-19 yang melanda negara ini.
"Wabak ini juga bukan sahaja telah mengancam keselamatan diri, malah menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara dan sosio-ekonomi rakyat. Seri Paduka Baginda berdua amat prihatin terhadap nasib rakyat dan turut sama merasakan segala keperitan hidup rakyat, terutamanya golongan yang telah kehilangan orang tersayang mahupun punca pendapatan, akibat penularan wabak COVID-19 ini.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar rakyat terus bersabar dan cekal dalam mengharungi dugaan ini dan sentiasa berdoa supaya musibah yang menimpa pulih seperti sedia kala.
"Semoga dengan kehadiran vaksin COVID-19 pada awal tahun hadapan nanti akan dapat membantu melandaikan keluk pandemik dan memutuskan transmisi virus yang melanda negara sekian lamanya," jelasnya dalam kenyataan Istana Negara itu lagi.
RAKYAT DINASIHATI JAGA SOP
Dalam kenyataan itu juga Baginda berdua turut menzahirkan kegusaran terhadap peningkatan kes positif harian COVID-19.
Justeru, rakyat dinasihati agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga.
"Menzahirkan rasa kegusaran terhadap kenaikan mendadak kes positif harian COVID-19, Seri Paduka Baginda berdua menasihati rakyat supaya sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga dengan berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
Dalam pada itu, pengorbanan wira dan wirawati petugas barisan hadapan juga tidak dilupa. Baginda turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.
"Seri Paduka Baginda berdua turut mengambil kesempatan ini menzahirkan setinggi penghargaan kepada wira dan wirawati petugas barisan hadapan di atas pengorbanan yang telah dicurahkan, tanpa mengira masa dan penat lelah dalam memikul tanggungjawab memerangi wabak COVID-19 demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara," jelas Ahmad Fadil.
AHLI POLITIK KURANGKAN KETEGANGAN POLITIK
Disamping itu, Baginda turut menasihati semua pihak khususnya ahli-ahli politik agar mengurangkan agenda dan ketegangan politik.
Sebaliknya, ahli politik titah Baginda jelas Ahmad Fadil, perlu bersama berganding bahu dan memberi tumpuan membela kebajikan rakyat dan mengutamakan proses pemulihan ekonomi negara.
"Sesungguhnya, Seri Paduka Baginda berdua sentiasa inginkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat jelata terpelihara dan ianya amat bergantung kepada kestabilan politik dan pentadbiran negara.
"Dalam usaha untuk mengekalkan kestabilan tersebut, Seri Paduka Baginda berdua menasihati semua pihak, khususnya ahli-ahli politik, supaya mengurangkan agenda dan ketegangan politik.
"Sebaliknya, ahli-ahli politik disarankan untuk bersama berganding bahu dan memberi tumpuan membela kebajikan rakyat serta mengutamakan proses pemulihan ekonomi negara," katanya Ahmad Fadil lagi.
IKTIBAR CABARAN DILALUI
Tambahnya, Baginda berdua mengingatkan semua pihak perlu sentiasa bermuhasabah untuk mengambil iktibar serta teladan daripada peristiwa dan cabaran yang telah dilalui pada tahun lalu.
"Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar keamanan dalam negara dapat dikekalkan berserta dengan keharmonian hubungan antara kaum,kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia yang sentiasa berpegang pada prinsip rukun negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
"Allah SWT sentiasa membantu orang-orang yang berusaha dan Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan keyakinan bahawa dengan semangat perpaduan dan daya tahan yang jitu, kita mampu bersama menghadapi segala cabaran dan ujian.
"Semoga tahun 2021 dikurniakan oleh Allah SWT dengan keadaan lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu. Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan supaya para pemerintah, pemimpin dan rakyat di negara ini terus dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT," kata Ahmad Fadil lagi.
Baginda ujar Ahmad Fadil lagi turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar Malaysia sentiasa dilindungi daripada segala bentuk ancaman, serta dikurniakan perpaudan dan kemakmuran berkekalan.
Fareez Azman
Thu Dec 31 2020

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu 2021. - Gambar fail

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor.

Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.

Persamaan kenyataan media BN, PH, kehendak parti atau individu tertentu? - Tun Faisal
Persoalan pastinya berlegar dalam kalangan ahli UMNO, tertanya-tanya adakah kenyataan itu merupakan kehendak individu atau kehendak parti.

Sidang Parlimen: Kenyataan media Zahid ada sedikit kekeliruan, Pegawai Media BN digantung tugas
Terdapat sedikit kekeliruan berkaitan kenyataan dikeluarkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis berhubung persidangan Parlimen .

Annuar dakwa UMNO kini bawah pengaruh Anwar
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanggungjawab Agong panggil Parlimen bersidang - Ku Li
Penentuan tarikh persidangan yang sesuai boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa mendapat nasihat daripada Perdana Menteri.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat jadi pengimbang tadbir urus negara
Ahlinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melihat kewujudan jawatankuasa bebas darurat ini sebagai satu kredit yang baik untuk memperkukuh urus tadbir negara.

PH mohon perkenan Agong, segerakan sidang Parlimen
Anwar berpendapat sidang Parlimen perlu dijalankan segera bagi membawa beberapa perkara penting berkaitan rakyat.

BN syorkan sidang Parlimen disegerakan, seru PM hormati titah Agong
Prinsip Keluhuran Perlembagaan perlu ditegakkan bagi membolehkan Parlimen memainkan peranan yang wajar dalam memastikan semak dan imbang.

BN junjung titah Agong, rayu sidang Parlimen diadakan segera
BN menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Parlimen kembali bersidang dalam tempoh darurat.