MALAYSIA
Perzim jamin pelihara struktur kubu pertahanan lama Kota Melaka

Struktur berkenaan ditemui di tapak kerja pembinaan tempat letak kereta di hadapan Muzium Istana Melaka , Banda Hlir, yang sebelum ini merupakan Taman Larangan. - Bernama
MELAKA: Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) memberi jaminan struktur bersejarah dipercayai sebahagian daripada kubu pertahanan (bastion) Kota Melaka lama akan dipelihara berikutan lokasinya terletak dalam zon tapak warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ringkasan AI
- Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) memberi jaminan struktur bersejarah yang dipercayai sebahagian daripada bastion Kota Melaka lama akan dipelihara kerana terletak dalam zon warisan UNESCO.
- Penemuan struktur berlaku semasa kerja pembinaan tempat letak kereta di hadapan Muzium Istana Melaka, dan konservasi telah dimulakan dengan pelantikan pakar arkeologi serta penyusunan semula projek oleh pihak berkuasa tempatan.
- Hanya jajaran pembinaan yang terlibat dengan struktur arkeologi dihentikan sementara, manakala bahagian lain diteruskan, dengan usaha sedang dijalankan untuk mendedahkan monumen kepada pengunjung tanpa menjejaskan kestabilannya.
"Kita memang akan pelihara (tapak tersebut) kerana antara dikenal pasti adalah struktur bastion lama yang penting dalam sejarah pertahanan Melaka dan pada masa sama sedang teliti bagaimana monumen itu boleh didedahkan kepada pengunjung tanpa menjejaskan kestabilan strukturnya memandangkan terdapat banyak faktor perlu diambil kira termasuk eleman alam sekitar seperti hakisan dan kerosakan fizikal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Program Santai Warisan Sambutan Ulang Tahun ke-17 Melaka Bandaraya Warisan Dunia sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong Sekolah Kebangsaan Duyong, Perkampungan Hang Tuah di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Mengenai projek tempat letak kereta yang sedang dibangunkan, Ernie berkata hanya jajaran terlibat secara langsung dengan struktur arkeologi dihentikan sementara, manakala bahagian lain pembinaan diteruskan.
Bernama pada Jun lepas melaporkan hasil kajian ekskavasi arkeologi di tapak asas tangga Taman Larangan behadapan Istana Kesultanan Melaka di Banda Hilir menemukan struktur binaan kota Melaka yang 'dikambus' dengan binaan kota dan kubu pertahanan (bastion) oleh penjajah Portugis sebelum dinaik taraf oleh Belanda dan British.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami