awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit beguk digesa asingkan diri

Bernama
Bernama
10/03/2018
11:25 MYT
Pesakit beguk digesa asingkan diri
Penyakit beguk disebabkan jangkitan paramikxovirus yang boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur. - Gambar hiasan
Orang ramai yang mengalami penyakit kluster 'mumps' atau beguk perlu mengasingkan diri buat seketika dan tidak bergaul dengan masyarakat bagi mengelak ia merebak dan menjangkiti individu lain.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun penyakit akibat jangkitan virus itu biasanya akan hilang dengan sendiri namun ia mudah menjangkiti individu lain yang tidak mendapatkan imunisasi secukupnya semasa kanak-kanak.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat 10 jenis vaksinasi disenaraikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan dan pihaknya amat mengharapkan masyarakat tidak ketinggalan untuk mendapatkannya di mana-mana klinik kesihatan.
"Golongan ibu bapa disaran supaya tidak mengabaikan sebarang suntikan imunisasi kepada anak-anak berikutan ia merupakan langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan sebarang jangkitan penyakit antaranya beguk," katanya selepas melancarkan Pelan Pembangunan Profesion Penolong Pegawai Perubatan 2016-2030 (Pelan 6P) sempena sambutan Hari Pembantu Perubatan 2018 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Mengulas kes beguk yang menjangkiti warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini, beliau berkata perebakan itu mungkin disebabkan ada dalam kalangan pelajar dikhuatiri tidak mendapatkan imunisasi secukupnya.
BACA: 70 pelajar dan 3 guru SMA Kuala Lipis diserang beguk
Bagaimanapun, katanya, Kementerian Kesihatan akan terus memantau isu berkenaan termasuk sebarang jangkitan penyakit lain melibatkan pelajar, dan ini dilakukan dengan jalinan kerjasama erat dengan pihak sekolah.
BACA: Kementerian Kesihatan rancakkan pemantauan penyakit beguk
Pada 2 Mac lepas, media melaporkan 70 pelajar dan tiga guru SMKA dikesan menghidap penyakit beguk sejak kes pertama dikesan pada 20 Feb lalu.
Penyakit beguk disebabkan jangkitan paramikxovirus yang boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek tercemar dengan air liur pesakit.
Antara simptom pada pesakit beguk termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur), dan mereka perlu segera mendapatkan khidmat nasihat doktor.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#beguk
#Dr Noor Hisham Abdullah
#imunisasi
#menjangkiti
#penyakit
#vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan