awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Permaisuri Selangor rasmi Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT
[KOLUMNIS] Venezuela: Mangsa penyangak dunia berpunca kelemahan dalaman berpanjangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri

Bernama
Bernama
27/05/2019
22:00 MYT
Pesakit beguk disaran elak aktiviti ziarah pada Aidilfitri
Pesakit perlu palingkan muka dari makanan dan orang lain apabila batuk dan bersin. - Gambar hiasan
Penularan penyakit beguk di Terengganu terus meningkat kepada 214 kes setakat 21 Mei berbanding 114 kes pada awal bulan ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh.
Dr Mohd berkata jumlah itu adalah peningkatan hampir 100 peratus kes beguk dalam tempoh hanya tiga minggu.
"Sebolehnya, kami berharap agar pesakit dapat mengelak aktiviti ziarah sepanjang Aidilfitri jika masih mempunyai tanda atau gejala beguk ini. Pesakit dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut bagi mengelakkan penularan kes.
"Keluarga pesakit juga perlu segera membawa anggota keluarga ke klinik yang berdekatan jika ada antara mereka yang mempunyai tanda atau gejala mumps (beguk)," katanya pada Isnin.
Beliau berkata pesakit beguk juga dinasihatkan memakai penutup mulut dan hidung selama sembilan hari dari hari pertama bermulanya bengkak kelenjar, malah pesakit perlu mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul bagi memastikan virus itu tidak tersebar kepada orang lain.
BACA: Penyakit beguk di Terengganu meningkat kepada 182 kes
Dr Mohd berkata kes beguk yang berlaku setakat ini menular di sekolah berasrama penuh, madrasah dan sekolah pondok.
"Ketika berada di sekolah, mereka telah dikuarantinkan oleh pengurusan sekolah, jadi kita berharap langkah kuarantin ini diteruskan pihak keluarga pesakit sepanjang mereka berada di rumah.
"Pesakit perlu palingkan muka dari makanan dan orang lain apabila batuk dan bersin. Mereka juga perlu menutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan ketika batuk dan bersin.
"Seterusnya, tisu itu mesti dibuang dalam bakul sampah manakala sapu tangan yang sudah digunakan tidak boleh dikongsi dengan individu yang lain. Amalan kebersihan seperti ini diharap dapat mencegah penularan kes beguk di Terengganu," katanya.
BACA: Penyakit beguk di Terengganu semakin membimbangkan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#batuk
#beguk
#bengkak kelenjar
#bersin
#hari raya
#Kuala Terengganu
#kuarantin
#Mohd Jusoh
#mumps
#palingkan muka
#penutup mulut
#pesakit
#sekolah
#sembilan hari
#ziarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan