awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit COVID-19 terjun tingkat lapan bangunan hospital

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/10/2020
02:05 MYT
Pesakit COVID-19 terjun tingkat lapan bangunan hospital
Polis sedang menjalankan siasat bagi mengenal pasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Seorang pesakit COVID-19 wanita ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.30 malam.
"Wanita tempatan berusia 63 tahun itu terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital.
"Mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Habibi berkata, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk keluar hospital pada Khamis.
"Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenal pasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan," ujarnya.
Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.


Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#polis
#maut
#wanita
#siasatan
#COVID-19
#terjun
#bunuh diri
#Habibi Majinji
#kematian mengejut
#keluar hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan