MELAKA: Mempunyai dua 'stent' jantung akibat penyakit jantung yang dialaminya serta pelbagai dakwaan kesan negatif dos penggalak vaksin COVID-19 di media sosial, membuatkan S. Shekar, 58, pada mulanya enggan mendapatkan suntikan tersebut.
Walaupun telah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19, penjawat awam itu masih ragu-ragu tentang dos penggalak dan menolak dua kali janji temu menerusi MySejahtera sebelum ini kerana gusar kesihatannya terjejas.
Bagaimanapun, hasil nasihat ahli keluarga yang telah mendapatkan dos penggalak, beliau berjaya 'mematikan' segala pemikiran negatif yang bersarang di kepalanya.
"Keraguan saya timbul kerana banyak cerita dan dakwaan negatif tentang dos penggalak dan kerana masalah kesihatan, memang mulanya saya enggan merisikokan diri untuk terima suntikan ini," katanya ketika ditemui Bernama selepas menerima suntikan dos penggalak Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Melaka Mall di sini, hari ini.
Shekar berkata, setelah berfikir panjang dan enggan membiarkan kebimbangan menghantui dirinya, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak secara jumpa terus hari ini.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan dakwaan negatif di media sosial, sebaliknya, mendapatkan nasihat dari pelbagai pihak serta membaca berita tentang dos penggalak dari sumber yang sahih.
Bagi Azman Ab Ghani, 60, kerajaan terutama Kementerian Kesihatan pastinya telah membuat kajian terperinci mengenai keperluan dos penggalak sebelum pengambilannya disaran kepada rakyat.
Peniaga itu yang hadir secara jumpa terus untuk mendapatkan dos penggalak Sinovac berkata, keputusan mengambil dos penggalak adalah untuk melindungi dirinya serta keluarga, selain yakin dengan saranan kerajaan.
"Pada saya dos penggalak tidak ada masalah cuma di media sosial ada macam-macam berita, tapi pada saya jangan risau... selebihnya kita tawakal kepada Allah kerana ia untuk kebaikan semua," katanya.
Sementara itu, pengayuh beca Tay Thien Chai, 58, berkata, pengambilan dos penggalak bukan sahaja untuk melindungi dirinya ketika bekerja, tetapi juga memudahkannya untuk memperbaharui lesen beca dan memasuki mana-mana premis.
"Kalau ada (pengayuh beca) yang tak mahu suntik langsung dan dia tidak dapat perbaharui lesen beca, jadi tak dapatlah bekerja," katanya yang sudah 38 tahun membawa beca.
Tay yang berasal dari Tengkera di sini mendapat tarikh janji temu suntikan dos penggalak menerusi MySejahtera pada hari ini.
Sementara itu, Pengurus PPV Melaka Mall, Abu Zar Ghifari Abd Rahman berkata, orang ramai yang terlepas atau belum menerima tarikh janji temu, boleh hadir secara jumpa terus di PPV berkenaan yang dibuka setiap hari termasuk cuti umum, bermula 8.30 pagi hingga 5 petang.
Beliau berkata, PPV berkapasiti kira-kira 2,000 orang itu turut menyediakan laluan khas untuk warga emas, orang kurang upaya dan ibu mengandung.
"Di PPV ini kita ada dos penggalak jenis Pfizer dan Sinovac dan penerima boleh membuat pilihan, namun ia juga bergantung pada bekalan yang diterima dari bank vaksin kita.
"Selalunya kita akan beri tarikh janji temu kepada 1,700 penerima tetapi kebiasaannya antara 1,400 hingga 1,500 orang yang akan hadir. Memang banyak peluang untuk yang lain mendapatkan dos penggalak di sini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022

Pengayuh beca Tay Thien Chai menunjukkan kad vaksinasi miliknya selepas selesai menerima suntikan dos penggalak COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Offsite Melaka Mall hari ini. - Gambar BERNAMA

Isu loji sembelihan: Minta individu tampil hubungi JAKIM - Idris Ahmad
Susulan loji sembelihan berpusat di Australia digantung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad minta individu tampil hubungi JAKIM untuk ceritakan dengan lebih teliti dan telus supaya tindakan boleh diambil.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Pasang Pelita | Teruskan tradisi lama 'bersusul'
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama serta perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampung.

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum, di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada serta Ukraine.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,646,257 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kes HFMD catat peningkatan mendadak, 28,957 kes di seluruh negara - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, angka itu direkodkan pada Minggu Epid ke-19, iaitu sejak Januari lalu sehingga semalam.

28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,596,416 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Syor terkini KKM berhubung pengambilan dos penggalak kedua, rawatan antiviral Paxlovid
Individu berusia 60 tahun ke atas boleh terima dos penggalak kedua bagi tempoh empat hingga enam bulan selepas menerima dos pertama.

27.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,580,723 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: Colombia tawar warga emas dos penggalak kedua
Dos penggalak kedua terdiri daripada sama ada separuh dos vaksin Moderna atau dos penuh vaksin Pfizer-BioNTech.

Lebih 870,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 43.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Lebih 860,000 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,536,766 kanak-kanak lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

806,532 kanak-kanak Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,518,923 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

AEFI: JFK dapati tiada hubung kait kematian dengan dos penggalak
Penilaian terhadap 25 laporan yang telah lengkap penyiasatan dan mendapati kes-kes kematian terlibat tiada hubung kait dengan vaksin dos penggalak COVID-19 yang diterima.