IPOH: Seorang pesara guru wanita mengalami kerugian lebih RM585,000 selepas terpedaya sindiket telefon scam yang menyamar sebagai pegawai insurans.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan laporan, mangsa berusia 59 tahun menerima panggilan telefon daripada satu syarikat insurans pada 14 Januari lepas.
Menurutnya, mangsa dari Hutan Melintang, Bagan Datuk itu dikatakan mempunyai tuntutan insurans di sebuah hospital swasta di Ampang sebanyak RM68,8000.
"Mangsa menafikan mempunyai tunggakan bayaran itu kerana telah menghentikan pembayaran insurans sejak Februari 2022.
"Panggilan itu kemudiannya disambung kepada pegawai polis kononnya bagi tujuan siasatan.
"Mangsa turut diarahkan memandu keluar dari rumahnya bagi mengelak daripada memberitahu perkara tersebut kepada ahli keluarga," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata, mangsa telah diperdaya untuk membuat pindahan keseluruhan wang berjumlah RM585,904 ke satu akaun bank milik mangsa bagi tujuan siasatan sumber kewangan.
Katanya, akibat cemas dan ketakutan, mangsa telah memberikan semua maklumat kad mesin juruwang automatik (ATM) bank milik mangsa kepada individu berkenaan.
"Mangsa hanya menyedari simpanannya telah tiada semasa mangsa ingin mengeluarkan wang di bank sebelum satu laporan polis dibuat Isnin lepas.
"Jumlah wang itu adalah hasil simpanan, wang pencen serta wang pinjaman mangsa sendiri," katanya.
Dalam kes itu, Mohd Yusri menasihati orang ramai agar tidak melayan sebarang panggilan telefon atau mesej daripada individu dan nombor yang tidak dikenali.
"Jangan mudah panik dan cemas. Agensi penguat kuasa di Malaysia tidak akan menelefon untuk mengugut apatah lagi memberi pilihan selesai kes di luar.
"Sentiasalah membuat semakan dan pengesahan dengan jabatan atau agensi berkaitan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 05 2023
Mohd Yusri menasihati orang ramai agar tidak melayan sebarang panggilan telefon atau mesej daripada individu dan nombor yang tidak dikenali. - Gambar hiasan
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Pesara guru rugi lebih setengah juta ditipu syarikat pelaburan emas
Seorang pesara guru berputih mata selepas wang simpanan peribadi dan pencen sebanyak RM570,000 lesap ditipu syarikat pelaburan jual beli emas.
Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.
Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam'
Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon pada 27 Ogos lepas.
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
Pesara guru rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian RM442,947 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud menerusi media sosial sejak Ogos tahun lalu.
Pesara guru kerugian hampir setengah juta diperdaya 'ejen kurier'
Seorang pesara guru kerugian RM480,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai ejen sebuah syarikat kurier yang mendakwa kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi bahan terlarang.
Datuk 17 cucu genggam PhD pada usia 79 tahun
Seorang pesara guru berusia 79 tahun berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi sehingga menggenggam PhD UKM.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang
Pesara guru berusia 88 tahun aktif dalam bidang origami selama 24 tahun.
Pesara guru rugi lebih setengah juta terjerat 'phone scam'
Mangsa berusia 59 tahun menerima panggilan telefon daripada satu syarikat insurans pada 14 Januari lepas.