ALOR GAJAH: Seorang pesara guru terpaksa menanggung kerugian lebih RM1.22 juta apabila wang simpanannya lesap akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang disertainya menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata wanita berumur 70-an dan beralamat di Durian Tunggal itu menyertai Kumpulan Bursa Saham pada September tahun lepas yang menawarkan bimbingan pemilihan stok saham di pasaran bursa saham dengan menjanjikan keuntungan lumayan.
"Pada 30 Okt 2023, mangsa dicadangkan untuk menyertai pelaburan emas dan bitcoin yangmenjanjikan pulangan lumayan dan telah diberikan pautan untuk membuat pendaftaran.
"Pengadu kemudiannya dengan menggunakan wang simpanan persaraan miliknya melakukan 29 transaksi pelaburan ke dalam lapan akaun bank suspek yang berbeza sehingga berjumlah RM1,223,033 dalam tempoh 14 Sept hingga 22 Dis 2023," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Arshad berkata selepas membuat transaksi pelaburan, pengadu tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pengeluaran wang keuntungan yang diperoleh selain wanita itu dijanjikan pulangan keuntungan maksimum 30 kali ganda daripada jumlah pelaburan dibuat.
Beliau berkata bagaimanapun, sehingga kini pengadu tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan berkenaan dan mangsa menyedari dirinya diperdaya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah percaya tentang pelaburan yang ditawarkan dalam talian dan laman sosial selain menasihatkan agar segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan melalui talian 997 untuk membuat tindakan pantas bagi menyekat wang yang telah diserahkan kepada sindiket penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Mangsa menyertai Kumpulan Bursa Saham pada September tahun lepas yang menawarkan bimbingan pemilihan stok saham di pasaran bursa saham dengan menjanjikan keuntungan lumayan. - Gambar hiasan
PRK KKB: Warga emas lumpuh tekad keluar mengundi walau terpaksa diusung
Zul berkata dia tidak mahu melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
TDM akan usul batal kontrak sewaan Black Hawk kepada Kementerian Pertahanan
Tentera Darat Malaysia akan mengusulkan pembatalan kontrak sewaan helikopter Black Hawk TDM kepada Kementerian Pertahanan ekoran kelewatan penghantaran.
'Rhea dah terbelit tali pusat' - Shila Amzah cerita detik bersalin anak kedua
Menurut Shila, dia terpaksa memilih untuk bersalin secara pembedahan sekali lagi (caesarean) kerana bayinya terbelit tali pusat.
Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
AWANI Ringkas: Polis Puas Hati: Tiada laporan kempen 3R di Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Systema lancar kempen #GumHealthFirst, tingkat kesedaran penjagaan gusi
Systema, pakar perlindungan gusi terkenal dari Jepun komited dalam menangani penyakit gusi yang kini berleluasa di Malaysia menerusi kempen #GumHealthFirst dan memperkenal teknologi berus gigi baharu.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pesara guru terperdaya pelaburan tidak wujud, wang simpanan RM1.22 juta lesap
Seorang pesara guru kerugian lebih RM1.22 juta apabila wang simpanannya lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud.