awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara jurutera hilang lebih RM200,000 terjebak pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
28/05/2025
15:15 MYT
Pesara jurutera hilang lebih RM200,000 terjebak pelaburan tidak wujud
Seorang pesara jurutera swasta kerugian RM224,403 dalam tempoh sebulan selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang kononnya menghasilkan pulangan lumayan. - Foto hiasan
SIBU: Seorang pesara jurutera swasta di sini kerugian RM224,403 dalam tempoh sebulan selepas terperdaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang kononnya menghasilkan pulangan lumayan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata lelaki berusia lingkungan 60-an itu menyedari ditipu apabila dia dikehendaki membayar RM100,700 sebagai bayaran cukai untuk mengeluarkan keuntungan berjumlah RM750,000.
Beliau berkata mangsa mula tertarik dengan tawaran itu yang diiklankan sebagai Investment Stock Market oleh sebuah syarikat bernama KKR Investment di aplikasi Instagram pada 9 April lepas dan mendapat penjelasan berhubung pelaburan itu daripada wakil syarikat berkenaan menerusi WhatsApp.
"Sekiranya bersetuju, mangsa telah dikehendaki untuk memuat turun aplikasi KKR investment bagi tujuan pendaftaran. Mangsa juga dimaklumkan segala keuntungan terkumpul boleh disemak melalui aplikasi tersebut," katanya dalam kenyataan di sini.
Zulkifli berkata bermula 9 April hingga 7 Mei, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak 11 kali berjumlah RM224,403 ke empat akaun tempatan berlainan dan menghubungi wakil syarikat itu apabila keuntungan pelaburannya mencapai RM750,000.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati agar tidak mudah terjebak dengan sebarang tawaran keuntungan atau pulangan tinggi menerusi pelaburan dalam talian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesara jurutera
#pelaburan tidak wujud
#Polis Daerah Sibu
#kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan